Thursday, February 29, 2024

Buat Duit Dalam marketplace ETSY

Mengapa Anda Perlu Mengambil Produk Ini?
Ingin memulakan perniagaan yang berjaya di Etsy? Jangan cari lagi, kerana Panduan Etsy ada untuk anda! Panduan komprehensif kami, tersedia di tapak web kami di bisnesetsy.com, akan memberikan anda semua yang anda perlukan untuk mengembangkan perniagaan Etsy anda dengan cemerlang.
Dengan peningkatan dalam populariti pasaran dalam talian, Etsy telah menjadi syurga bagi usahawan kreatif yang ingin mempamerkan ciptaan unik, penemuan vintaj dan produk buatan tangan mereka kepada khalayak global. Walau bagaimanapun, memulakan dan berjaya di Etsy boleh menakutkan tanpa pengetahuan dan bimbingan yang betul.
Panduan Etsy di sini untuk mengisi jurang itu dan melengkapkan anda dengan alatan, strategi dan cerapan yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran Etsy yang kompetitif. Sama ada anda seorang penjual berpengalaman atau baru memulakan perjalanan keusahawanan anda, panduan kami menawarkan arahan langkah demi langkah, petua berharga dan amalan terbaik untuk membantu anda mengoptimumkan potensi perniagaan Etsy anda.

Di dalam Panduan Etsy anda akan belajar : 
  1. Asas Etsy: Kenali platform, fahami cirinya dan terokai antara muka pengguna yang mesra.
  2. Membina Kedai yang Menarik: Ketahui cara membuat kedai yang menonjol, menarik perhatian khalayak sasaran anda dan mempersembahkan produk unik anda dengan sangat baik.
  3. Pengoptimuman Penyenaraian Produk: Kuasai seni mencipta penyenaraian produk yang menarik perhatian, meningkatkan keterlihatan dan meningkatkan jualan.
  4. Strategi Harga: Menentukan strategi harga terbaik yang menjamin keuntungan sambil kekal berdaya saing dalam pasaran.
  5. Pemasaran dan Promosi: Mencari teknik pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan keterlihatan kedai anda, menarik bakal pembeli dan menukar mereka menjadi pelanggan setia.
  6. Perkhidmatan Pelanggan: Ketahui cara menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa, membina kepercayaan dan mengekalkan hubungan positif dengan pembeli untuk mencipta perniagaan berulang.
  7. Analitis dan Pertumbuhan: Gunakan alat analitik Etsy dengan berkesan untuk menjejak prestasi kedai anda, mengenal pasti arah aliran dan membuat keputusan perniagaan untuk menambah trafik dan pembelian.

Jangan biarkan ketidakpastian perniagaan Etsy menghalang anda daripada mencapai impian keusahawanan anda. Manfaatkan potensi besar pasaran Etsy dengan bimbingan dan kepakaran Panduan Etsy yang tidak ternilai. Lawati bisnesetsy.com hari ini dan buka kunci kejayaan di Etsy!
Panduan Etsy sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menjalankan perniagaan di platform Etsy. Sama ada anda seorang usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan kreatif anda sendiri, atau anda seorang penjual berpengalaman yang ingin meningkatkan kehadiran dan jualan anda di Etsy, Panduan Etsy ialah sumber yang sempurna untuk mengoptimumkan kejayaan perniagaan anda.
Kesimpulannya, Panduan Etsy ialah sumber yang tidak ternilai untuk sesiapa sahaja yang ingin memulakan perniagaan atau meningkatkan kehadiran mereka di platform Etsy. Dengan panduan langkah demi langkah, petua berharga dan amalan terbaik, anda akan mempunyai alatan yang anda perlukan untuk mengoptimumkan kejayaan perniagaan anda di Etsy. Jangan teragak-agak lagi, lawati bisnesetsy.com sekarang dan buka pintu kejayaan di Etsy!



Sunday, November 26, 2023

4 Kelebihan Bekerja Di Singapura

Sebenarnya, ada banyak lagi kelebihan apabila anda bekerja di Singapura. Berikut adalah beberapa kelebihan lain selain dari kelebihan bergaji 3X ganda lebih besar.


1. Pendapatan Meningkat Setara Dengan Kenaikan Nilai Matawang

Singapura adalah merupakan negara yang maju. Kedudukan ekonomi mereka sangat stabil dan sentiasa mengukuh dari semasa ke semasa. 2 tahun lepas, jika gaji anda berjumlah SG 1,000 sebulan.. maka, pendapatan anda ialah RM3,000, tetapi kini, jika gaji anda masih SGD 1,000.. pendapatan anda dalam ringgit malaysia ialah RM3,500. Tanpa perlu menunggu kenaikan gaji dari majikan anda.. gaji anda sudahpun bertambah!


2. Gaji Tinggi, Kos Hidup Rendah!

Anda pasti pernah mendengar tentang peluang pekerjaan memetik buah di Australia yang pernah hangat suatu ketika dulu… gaji yang ditawarkan, memang sangat lumayan.. RM15,000 sebulan katanya. Tapi, untuk bekerja di Austarlia, maka anda perlu tinggal di Australia juga. Ini menjadikan kos sara hidup anda juga tinggi. Jadi, ianya tidak memberikan anda apa-apa kelebihan pun sebenarnya.

Berbanding bekerja di Singapura, anda masih boleh menetap di Malaysia walaupun anda bekerja di negara maju (Singapura). Kos sara hidup rendah, tetapi gaji anda tinggi!


3. Mudah Berpatah Balik!

Berbalik kepada contoh bekerja sebagai pemetik buah di Australia, apabila di selidiki, pelbagai risiko lain boleh berlaku. Anda mungkin akan “dijual” oleh agen anda malahan ada juga majikan yang tidak mahu membayar gaji seperti yang dijanjikan! Jika semua kecelakaan ini berlaku, maka, untuk anda berpatah balik dan pulang ke Malaysia juga adalah sangat rumit dan sukar. Kos penerbangan untuk pulang ke Malaysia sahaja sudah memerlukan wang beberapa ribu ringgit. Akhirnya, anda terpaksa merempat di negara orang.

Berbanding jika anda bekerja di Singapura, jika apa-apa berlaku kepada anda… anda hanya perlu naik bas dan membayar tambang kurang dari RM30 untuk pulang semula ke Malaysia. 


4. Sah & Kurang Risiko!

Apabila anda bekerja di Singapura, anda akan bekerja secara sah dengan menggunakan permit kerja yang dikeluarkan oleh Ministry of Manpower (Singapura). Anda kenal majikan anda dan ada dokumen perjanjian. Anda akan dilindungi oleh undang-undang buruh daripada penipuan majikan.

Tiada isu majikan tidak membayar gaji seperti mana yang berlaku di negara-negara lain yang mana, anda masuk dan bekerja secara haram. Apabila anda bekerja tanpa permit, pihak majikan berani untuk tidak membayar gaji kerana mereka tahu, anda tidak akan mampu berbuat apa-apa sebab anda tiada permit kerja. Jika anda membuat laporan polis sekalipun, mereka tidak akan mengendahkan anda, kerana, dari sudut perundangan, anda tiada permit kerja dan anda tidak bekerja.


Iklan : Ketahui Bagaimana Anda Boleh Bekerja Di Singapura Dengan Gaji 3X Ganda Lebih Besar DAN Jimat Beribu-ribu Ringgit Tanpa Guna Khidmat Agen! Klik Link Ini Sekarang

Friday, November 24, 2023

DIY Umrah Boleh Jimatkan Ribuan RInggit

Umrah DIY ini adalah singkatan bagi Umrah "Do-It-Yourself".

Ya! Bukan kerja tukang-tukang je kita boleh buat DIY  (sendiri), Umrah pun kita boleh buat DIY.

Maksudnya... kita buat umrah tanpa gunakan agen. Kita uruskan sendiri semuanya.. dari permohonan visa, tempahan flight, tempahan hotel, itinerary... semua kita buat dan uruskan sendiri!

"Boleh ke macam tu?"

Ya! Boleh je sebenarnya...!

Cuma.. untuk buat semua itu, kita kenalah ada ILMU untuk lakukannya!


Kelebihan "Umrah DIY"

Selain dari dapat menjimatkan kos yang besar!

Umrah DIY sebenarnya lebih fleksibel! Anda boleh rancang itinerary (jadual perjalanan & aktiviti) sendiri... tak perlu ikut itinerary yang ditetapkan oleh pihak agensi umrah.

Anda boleh tinggal di Mekah & Madinah sependek yang anda mahu, ataupun sepanjang yang anda mahu.

Contohnya, anda mahu pergi buat umrah 7 hari sahaja... 3 hari di madinah, 4 hari di Mekah.. anda boleh buat!

Atau.. anda nak duduk selama sebulan di Mekah , iaitu sepanjang bulan Ramadhan!

Boleh juga.. tiada masalah! Cuma, kosnya sedikit besar lah! Sebab anda perlu bayar kos penginapan selama sebulan.

Pendek kata.. ia terpulang kepada anda dan bajet anda! Anda tidak lagi terikat dengan program atau tempoh waktu yang ditetapkan oleh pihak agensi travel & umrah yang selalunya akan menetapkan tempoh selama 9-12 hari untuk pergi umrah & ziarah.

SSewaktu saya buat umrah DIY dulu, boleh dikatakan, hampir sepenuh masa saya sekeluarga beriktikaf di dalam Masjidil Haram sahaja dan hanya keluar sekali-sekala untuk mencari makanan dan ke tandas. Saya rasa sangat seronok sebab dapat melakukan ibadah dan umrah dengan selesa dan tidak perlu terkejar-kejar untuk ikut jadual pihak agensi. Pergerakan saya sekeluarga juga lebih mudah dan cepat, tidak perlu menunggu-nunggu ahli group yang lain yang ramai jika pergi bersama agensi travel dan umrah. Semua jadual dan aktiviti saya atur sendiri. Ia lebih mudah, jimat dan fleksibel.

Sebenarnya.. memang banyak kelebihan apabila kita buat Umrah Secara DIY ini!

  • Boleh Tetapkan Sendiri Tarikh Untuk Pergi  & Balik Umrah
  • Boleh Tetapkan Sendiri,  Berapa Lama Mahu Berada Di Mekah & Madinah
  • Boleh Pilih Sendiri Hotel Yang Mahu Di Duduki Serta Jenis Bilik Yang Dimahukan. Tidak lagi rasa tertipu oleh pihak Agensi yang selalu menjanjikan Hotel dekat dengan Masjid, tetapi setelah sampai, ianya tidak seperti yang dijanjikan.
  • Boleh Tetapkan Itinerary Sendiri... Bebas! Tak Terikat dengan Jadual & Aktiviti Pihak Agensi!
  • Boleh Pilih Sendiri Mahu Makan Apa dan Makan Dimana? Malah, Boleh Juga Masak Sendiri (jika menetap di rumah ala-ala homestay)!.
  • Lebih Mudah & Pantas Bergerak.. Tak Perlu Lagi Buang Masa Menunggu-nunggu Orang Lain Di Dalam Group Jika Pergi Bersama-sama Pihak Agensi.

Untuk tahun 2023 ini, rata-rata pakej umrah yang ditawarkan adalah sekitar RM8,000 dan ke atas, kos tersebut adalah termasuk kos tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makan dan sebagainya. Ia sememangnya harga yang agak berpatutan! Jika anda baru pertama kali mahu melakukan umrah dan mahu pergi berseorangan, memang saya galakkan anda gunakan sahaja khidmat dari agensi travel dan umrah ini. Sebab, kosnya tidak jauh berbeza.

Tetapi, jika anda berhasrat untuk pergi beramai-ramai, seisi keluarga contohnya (lebih dari 4 orang), maka Umrah DIY, adalah lebih menjimatkan. Sebab, untuk Umrah DIY, anda boleh cari tiket flight anda sendiri. 

Begitu juga dengan hotel... anda boleh cari dan pilih hotel sendiri mengikut bajet anda. Dibawah ini contoh carian hotel di sekitar Masjid Nabawi yang boleh anda cari menerusi google maps. Terdapat beratus-ratus hotel yang boleh anda pilih mengikut bajet dan keselesaan anda!

Pendek kata, untuk buat Umrah DIY, anda boleh kira dan rancang sendiri bajet anda.. kos penginapan, kos makan, kos pengangkutan, kos ziarah... semuanya anda boleh pilih dan tentukan sendiri sama ada mahu dapatkan yang mahal atau yang murah. Malah ada sesetengah perkara, mungkin anda tak perlukan pun seperti ziarah ke tempat-tempat tertentu di madinah & mekah.

Jadi, adalah tidak mustahil untuk anda buat umrah DIY dengan bajet sekitar RM6,000 - RM7,000 seorang. Kos Umrah DIY ini  selalunya 20% lebih murah dari pakej yang ditawarkan oleh kebanyakkan agensi umrah & travel.

Bermakna, jika anda merancang untuk pergi buat umrah seisi keluarga (lebih 4 orang), maka dengan umrah DIY, anda boleh dapat berjimat sekitar RM8-10k berbanding jika anda pergi menggunakan khidmat agensi umrah.

Anda Berminat Nak Buat Umrah DIY?Klik Link Dibawah

 Iklan : Ingin Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Ikut Masa Sendiri Dengan Bajet Yang Lebih Jimat?Mari Saya Tunjukkan Kepada Anda.. Bagaimana Anda Boleh Jimat Ribuan Ringgit Dan Bebas Memilih Aktiviti & Tarikh Anda Sendiri Untuk Mengerjakan Umrah! Klik Di Sini Sekarang

Thursday, November 16, 2023

4 Langkah Untuk Menjadi Penternak Kambing




Penternakan kambing adalah salah satu perniagaan ternakan yang paling menjanjikan hasil. Kambing merupakan haiwan ternakan yang agak mudah diternak dan mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Kambing boleh diternak untuk daging, susu atau bulunya.

Langkah-langkah ternakan kambing:

Persediaan

Langkah pertama yang perlu diambil ialah membuat persiapan, antaranya:

Belajar tentang penternakan kambing

Ini penting dilakukan supaya penternak dapat memahami cara menjaga kambing dengan betul. Petani boleh mempelajarinya dari buku, internet, atau bertanya kepada orang yang berpengalaman dalam penternakan kambing.

  1. Pilih lokasi : Lokasi ternakan kambing mestilah di tempat yang selamat dan selesa untuk kambing. Lokasi ladang juga mesti mempunyai akses mudah kepada sumber air, makanan dan tenaga kerja.
  2. Sediakan sangkar : Kandang kambing hendaklah dibina dengan kukuh dan mengikut saiz kambing. Sangkar juga mesti dilengkapi dengan tempat makan, minum dan berehat.


Pembelian kambing

Selepas persiapan selesai, langkah seterusnya ialah membeli seekor kambing. Semasa membeli kambing, terdapat beberapa perkara yang perlu anda perhatikan iaitu:


  1. Pilih jenis kambing : Jenis kambing yang dipilih mestilah disesuaikan dengan tujuan penternakan kambing. Jika anda ingin menternak kambing untuk dijadikan daging, maka pilihlah jenis kambing daging. Jika anda ingin menternak kambing untuk susunya, maka pilihlah sejenis kambing tenusu.
  2. Pilih kambing yang sihat : Kambing yang sihat mempunyai badan yang bulat, bulu yang bersih dan berkilat, mata yang cerah, dan hidung yang tidak mempunyai lendir.

Penternakan kambing

Pemeliharaan kambing termasuk:

  1. Memberi makan : Makanan yang diberikan kepada kambing mestilah memenuhi keperluan nutrisinya. Makanan kambing boleh termasuk rumput, daun, jerami dan pekat.
  2. Memberi minuman : Kambing mesti sentiasa mempunyai air minuman yang bersih dan segar.
  3. Pembersihan sangkar : Sangkar mesti dibersihkan dengan kerap untuk mengelakkan penyakit.
  4. Penjagaan kesihatan : Kambing perlu diperiksa kesihatannya secara berkala oleh doktor haiwan.
Jualan
Kambing boleh dijual apabila mencapai umur yang boleh dipasarkan. Kambing boleh dijual terus atau melalui perantara.


Petua ternakan kambing

Berikut adalah beberapa petua ternakan kambing:

  • Mulakan dari kecil 
Jika anda baru memulakan perniagaan ternakan kambing, sebaiknya mulakan secara kecil-kecilan dahulu. Ini bagi meminimumkan kerugian sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

  • Lakukan pemasaran yang baik
Pemasaran yang baik akan membantu anda menjual kambing pada harga yang menguntungkan.

  • Sertai kumpulan penternak
Menyertai kumpulan penternak akan memberi anda peluang untuk belajar daripada pengalaman penternak lain.


Kesimpulan

Penternakan kambing adalah perniagaan yang cukup menjanjikan. Walau bagaimanapun, untuk memulakan perniagaan ini, persediaan rapi dan pengetahuan yang mencukupi diperlukan.

Monday, November 7, 2022

Peluang Berniaga Dari Rumah Tanpa Pekerja

Bagaimana jika saya katakan, kini anda mampu menjana income secara online dan secara part time.. dalam matawang USD - Hanya Dengan Bisnes Dropship!


Pada musim COVID-19 ini, kita banyak menghabiskan masa di rumah dan kebanyakan masa kita di isi dengan melayari internet.. Pasti sangat bagus kalau kita dapat menjana income yang lumayan secara online walaupun secara part-time..

Banyak bisnes yang boleh kita lakukan untuk menjana pendapatan online ini seperti menjadi agen affiliate Klikjer.com, menjual produk di Shopee mahupun di sosial media atau menjual makanan dan sebagainya..

Tapi menjual produk untuk target market tempatan ini, kadangkala agak melelahkan.. Ini kerana kita terpaksa berhadapan dengan banyak karenah pembeli, terpaksa menjawab Whatsapp walaupun waktu tidur malahan margin keuntungannya juga agak sedikit.. Ianya agak kurang berbaloi berbanding usaha!

"Kan best kalau dapat menjana pendapatan USD yang lumayan dan konsisten tiap bulan dengan mudah secara automatik tanpa perlu menghabiskan masa melayan karenah orang lain.. Lagi best kalau duit masuk terus ke akaun 24 jam sehari walaupun kita sedang tidur.."

Ya, itulah impian semua orang.. Kerana income dalam USD adalah 4 kali ganda lebih besar daripada income kita dalam RM.. Bayangkanlah $1000 pada hari ini bersamaan dengan lebih RM4000.. Wow, bukankah ianya sangat berbaloi? 

Jadi ada ke cara terbaik untuk buat duit USD secara online ini?

Jawapannya "ADA".. Anda boleh menjana keuntungan lumayan dalam USD dengan Bisnes Dropshipping - khas untuk market global! 

Dropshiping adalah satu sistem bisnes ecommerce online di mana anda hanya perlu mencari pembeli, proses order dengan para supplier dan para supplier akan hantarkan produk tersebut terus kepada para pembeli.. Dengan itu anda tidak perlu pegang stok - anda hanya perlu mengira keuntungan!

Cuma untuk buat duit USD, target market anda adalah 100% international (bukannya di Malaysia).. Ini bermakna anda perlu menjual produk dropship dengan harga USD melalui website anda dan menarik ramai pembeli luar negara membeli di website anda..

Berikut antara 5 langkah yang perlu anda lakukan untuk mula menjana income USD lumayan dengan bisnes dropship ini:

#1 - Mencari produk hot yang senang dijual

#2 - Mencari supplier Dropshipping

#3 - Membina Web Ecommerce 

#4 - Tarik pelawat dari facebook

#5 - Dapatkan sales dan untung besar! (Harga jualan - harga dropship)


Iklan : Jika berminat untuk mengetahui bagaimana sistem dropship ini berfungsi. Boleh rujuk di link ini 



Tuesday, November 9, 2021

Ada Tempat Shopping Online Yang Lagi Murah Dari Shopee ke?

 Kalau anda kaki shopping online...

Anda mesti jenis yang sangat pandai bargain hunt, mencari harga termurah. 

Macam mana kalau kami kongsikan tempat special ni, yang harga dia boleh lagi murah dari seller Shopee yang bagi 'Lowest Price Guarantee':





Lubuk ni dekat China, jadi anda akan nampak tulisan Cina lah. 

Tapi boleh je beli dari sana, walaupun kalau tak pandai Bahasa Cina!

klik link di bawah untuk ketahui lebih lanjut ye.

Baca Lebih Lanjut Apps PINDUDUO di sini 

Monday, June 21, 2021

Bisnes Dropship Ke Luar Negara

 KENAPA BISNES DROPSHIP?


Dropship merupakan diantara bentuk bisnes yang paling mudah dan sesuai untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja. Sebabnya:



a. TANPA MODAL


Kebanyakan program dropship adalah percuma. Ada juga yang mengenakan yuran komitmen untuk mengelakkan orang ramai daripada menyertainya sekadar suka-suka. Bayangkan yang anda bersungguh-sungguh menurunkan ilmu dan sebagainya, tapi tiada yang benar-benar serius pun. Sakit hati kan?


Kalau ada yuran komitmen pun biasanya murah je. In shaa Allah berbaloi dengan pulangan yang bakal anda terima. Modal yang dimaksudkan disini adalah modal dari RM.



b. RISIKO RENDAH


Anda boleh mencuba dahulu beberapa produk yang anda rasakan sesuai dengan diri anda. Ada kemungkinan percubaan pertama anda untuk menjual tidak berjaya. Jadi, anda perlu menukar produk.


Bayangkan jika anda terus keluarkan produk anda sendiri. Apa akan jadi jika ia tidak berjaya seperti yang anda harapkan? Anda akan rugi masa, wang dan tenaga. Kemudian, anda akan mula rasa pututs asa.



c. TAK PERLU SIMPAN STOK


Ini juga merupakan diantara perkara yang buatkan ramai orang bermula dengan dropship. Anda tak perlu untuk menanggung risiko menyimpan stok. Anda boleh terus menjual dan pihak HQ yang uruskan segala hal berkaitan penghantaran dan juga stok.


TAPI….KENAPA TAK SEMUA ORANG BERJAYA?


Walaupun banyak kelebihan yang diberikan jika anda bermula sebagai dropship, kenapa masih ramai yang tidak berjaya? Apa punca dan dimana silapnya? 


Silapnya mungkin pada point A yang saya sebutkan diatas. Ramai yang menyangka jika buat bisnes secara dropship, anda tak perlu keluarkan walau sesen sekalipun. Ia bergantung juga sebenarnya pada dua faktor:


  • Produk anda
  • Circle anda

Sebagai contoh, anda merupakan seorang lelaki, anda memilih untuk menjual tudung jenama X sebagai dropship. Tak mustahil untuk anda berjaya kerana ramai je founder bisnes fesyen wanita daripada lelaki.


Tapi, anda perlu lihat pula siapa circle anda iaitu siapa kawan anda. Adakah anda ramai kawan wanita atau kawan lelaki? Jika anda post di sosial media anda, dan kawan anda semuanya lelaki, berapa peratus untuk mereka membeli daripada anda?


Mungkin mereka akan membeli untuk pasangan mereka, ahli keluarga mereka yang memakai tudung atau sesiapa sahaja yang mereka nak beri, tapi berapa peratus untuk benda ini berlaku?


Anda masih tetap dengan mindset yang berbisnes dropship tak perlu keluarkan sebarang modal. So, macam mana anda nak berjaya?



ANDA PERLU BUAT PEMASARAN BERBAYAR!


Tak dinafikan yang pemasaran percuma juga sangat powerful. Tapi ia bergantung kepada produk dan circle anda juga sebenarnya. Cara terbaik untuk anda berjaya adalah dengan melakukan pemasaran berbayar.


Tapi, jangan pula main hentam untuk buat pemasaran berbayar. Habis terbakar dan hangus duit anda. Sebab itulah saya buat sharing kali ini. Saya ada satu panduan berkenaan dropship yang sangat luarbiasa hebatnya dan mudah untuk anda buat.


Lagi best sebab panduan ini ajar anda untuk buat duit dalam USD. Bukan dalam RM. Bayangkan setiap keuntungan yang bakal anda dapat adalah 4 kali ganda daripada biasa.


Anda juga tak perlu penat-penat reply PM, whatsapp dan sebagainya. Pelanggan akan terus buat pembelian secara online je. Barang pula pembekal yang akan hantar kepada pelanggan anda. Best kan bisnes macam ni?


Anda akan diajar caranya daripada A-Z untuk buat dropship dalam USD ini DISINI.


Iklan : Jika berminat untuk mengetahui bagaimana sistem dropship ini berfungsi. Boleh rujuk di link ini