Sunday, January 23, 2011

Kenapa hantaran Semakin Tinggi??



Semakin lanjut usia aku ni,semakin cepat fikir hal-hal kahwin..maklumlah, orang tua nak merasa juga menimang cucu sendiri.ni angkat cucu anak orang tak de feel..nak main-main dengan cucu pun tak rasa lagi..nasib badan. tengah kumpul duit sekarang ni..tak banyak.sikit-sikit pun jadi la.asalkan terkumpul duit aku. Isu sekarang ni, bab-bab hantaran tak mau kalah beb..dari hujung kampung sampai hujung negeri 1 Malaysia ni. petik jer berapa,takdeh dah main RM 5000 ke bawah. nak kahwin stend by la dalam RM 20k...uuuuuuuuuuuuuu.memang terbaik.Sebab tu aku tak dapat usulkan hajat nak meminang kat umah bakal mak mentua..belum mampu lagi..apa la ang nak dibuat sampai hantaran dekat RM10 ribu ni...kenduri simple dah la.nak amik gambar lengkap segala kat kedai gambar pun ok.tak de la make up cair. Kalau dengan RM10 ribu berbaloi dengan kebahagiaan yang kita dapat memang best la..tapi kalau bawak dengan hutang sekali,memang letih la.bleh bikin panas jer nanti..semua nak diungkit.itu la ini la...Bertuahnya hidup bila semuanya berjalan lancar..tak begitu..

 
Belanja perkahwinan zaman sekarang bukannya murah, duit hantaran sahaja sudah boleh mencecah hingga RM10,000, belum lagi campur dengan duit belanja kenduri? barang-barang hantaran? sewa pelamin? upah mak andam? jurgambar? kad jemputan? bunga telur? cincin kahwin? sewa kanopi? catering?.. argghhh!! pendek kata, kalau tak ada RM20,000 dalam tangan.. usahlah bermimpi nak kahwin.

Bajet 
Belanja Kahwin


Jalan mudah?! Buat pinjaman bank!.. Tambah satu lagi hutang.. sekarang sudah ada..
  • Hutang Motorsikal
  • Hutang Kereta
  • Hutang PTPTN
  • Hutang Rumah
  • Hutang Mamak
  • Hutang Komputer
  • Hutang Koperasi
  • Hutang Kad Kredit
  • HUTANG KAHWIN?!
Berapa banyak hutang daaa?... Jikalau begini, jawapnya.. aku kena berusaha mengelak dari berhutang...hahahaha.langkah bijak....





No comments:

Post a Comment