Tuesday, March 8, 2011

Sekolah kena BOM....


INI DIA...bangunan sekolah yang cuba dibom oleh dua pelajar.
INI DIA...bangunan sekolah yang cuba dibom oleh dua pelajar.(harian metro 8/3/2011)


Apabila pelajar kita terlebih ilmu di dada..memang benda yang pelik mereka nak buat.Sampai sekolah sendiri pun nak bom.Yang menjadi perhatian di sini,pelajar hanya menggunakan mercun bola dan lingkaran nyamuk.memang gempak..boleh bawa ke negara palestin diorang ni.mesti Israel takut punya la..memang kreatif. adik-adik di luar sana kreatif biar la bertempat.biar kreatif memberi makna kepada manusia sejagat,jangan kreatif memakan diri sendiri..Jaga la disiplin ketika di sekolah..

Monday, March 7, 2011

i-City beli ‘salji’ Korea




Peeerghhhh!!!! tak perlu tunggu ramalan cuaca dah kat shah alam ni..lepas ni salji akan turun kat i-City jer..haaa..hebatkan.berita ni benar,bukan main-main..Ketua Pegawai Eksekutif I-city mengesahkan kenyataan bahawa mesin salji telah dibeli dari Korea.

mesin salji itu dibangunkan khas untuk i-City berikutan permintaan syarikat itu bagi menghasilkan salji dalam iklim tropika.fasa pertama membabitkan pemasangan mesin 16 dram di siling pintu masuk utama Snowalk.

“Mesin itu berupaya menghasilkan enam tan atau kira-kira 400 kilogram salji lembut sehari,” katanya selepas menandatangani pakatan strategik dengan Ketua Pegawai Eksekutif yang juga pengasas Snow Ice Maker BarsKorea, Lee Ki Choon di Incheon, Korea. - Bernama

akhirnya tercapai hasrat aku nak merasa salji kat Malaysia ni..kawan-kawan apa lagi..jom pegi i-city.tapi kena tunggu salji dah turun la.baru gempak..