Sunday, November 13, 2011

Yuna Sapu Anugerah AIM 2011

Anugerah Industri Muzik yang ke-18 (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi.12/11/2011 menjadi malam gemilang untuk Penyanyi dan komposer Yuna atau Yunalis Zara. Yuna telah mendominasi 3 kategori pada malam berprestij tersebut dengan merangkul anugerah Lagu Terbaik menerusi lagu Penakut dan Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) serta satu anugerah khas,Artis Kembara.


All the best Yuna..tahniah juga untuk artis dan komposer yang berjaya memnangi anugerah.
.
Manakala artis-artis hadir sebagai penyampai trofi adalah seperti Datuk M.Nasir, Zainal Abidin, Search, Nora, Tony Eusof, Ziana Zain dan Fauziah Latif.
Berikut Senarai Penuh Pemenang AIM18
Artis Baru Terbaik - Najwa
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik di Dalam Lagu -Jaclyn Victor,Shila Amzah,Ning Baizura/Beribu Sesalan
Lagu Pop Etnik Terbaik - Joget Tak Senang Hati/Mohariz Yaakup/Azalea/Adibah Nor
Lagu Nasyid TerbaikPedoman(VOU)/Johan Nawawi/Shah Mohamed,Hafiz Tarmizi,Johan Nawawi/Nora Feat VOU
Lagu Rock TerbaikPelita/Loque/Loque/A.P.I
Rakaman Album Terbaik - Keith Yong/Realize/Reza Salleh
Kulit Album Terbaik -Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd/Urusan Aizat Amdan/Aizat Amdan
Susunan Muzik Terbaik di dalam Lagu -Syed Shahrir Faisal Syed Hussain/Jeritan Batinku/ Sheila Majid
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik -Got To Go/Najwa/Najwa/Najwa
Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang di Persembahkan oleh Artis Luar Negara -Ku Menunggu/Mery LC/Mery LC/Rossa
Lagu Pop Terbaik - Sedetik Lebih/Edry Abdul Halim/Edry Abdul Halim/Anuar Zain
Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Wanita) -Yuna/ Penakut
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)- Anuar Zain / Sedetik Lebih
Video Muzik Terbaik -Ahmad Farish/Susun Silang Kata/Aizat Amdan
Album Terbaik -Magada Entertainment Sdn Bhd/ The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid/ Sheila Majid
Lagu Terbaik - Yuna
Artis Kembara - Yuna
Artis Mobile Celcom Terbaik - 6ixth Sense
Anugerah Sri Wirama - Beh Suat Peng

No comments:

Post a Comment