Sunday, December 16, 2012

Panduan Menulis Resume Ringkas Tapi Padat



Perkara yang paling dalam memohon adalah resume anda sendiri. mungkin ada setengah graduan masih lagi mencari cara-cara menulis resume yang betul-betul meninggalkan kesan kepada majika selepas membaca resume anda.

Tidak dinafikan, kelemahan ketara graduan yang mengalami masalah penganggur adalah menulis resume yang yang boleh menyakinkan majikan mengambil mereka. Result best, tapi ayat masih kurang memikat pasti susah nak dapat perhatian majikan baru anda.

Di tambah lagi sekarang ini kerajaan telah menambah banyak peluang pekerjaan baru kepada siswazah yang baru dan lama graduate menambah persaingan dalam mencari pekerjaan. Mungkin anda perlukan sedikit tips rahsia bagaimana untuk menulis resume yang memikat.

mungkin peluang anda meningkat 50% setelah mempraktikan beberapa tips berguna dalam menuls resume. Siapa tau kan, rezeki di tangan Tuhan. Yang penting kita usaha.


Saturday, October 6, 2012

Tarik Perhatian GOOGLE ke blog anda

Hai semua..


Apa cerrr kita kali ni. Kali ni aku nak ceritakan pasal SEO (search optimize engine). Memang selalu orang cerita bab ni. Nak tarik trafik kena pandai benda-benda ni. Mungkin menarik untuk dibincangkan.




Nak story sikit,sebab baru baca dari blog orang cerita jual kuih tradisional dekat blog.Boleh cecah RM30 000 sebulan.Perghh, dah boleh kahwin 3.Tapi ni gara-gara trafik yang tinggi ke blog tersebut.Tak caye?? search kat berit kosmo ataupun harian metro.jumpa punya,makcik tu siap tunjuk tab dia sekali. Korang ada???

Memang terasa kerdil diri ini, bila akcik tu lagi advance dari kita. Dah hari-hari mengadap facebook,Tapi habok pon tarak.Tu la,nak main kayu tiga lagi dalam facebook. Pecah rahsia sudah. Ramai orang beranggapan hanya update sahaja di blog, google akan terus naikkan ranking kita ke atas.

Silap tu...

Anda kena update sesuatu yang berinformasi, baru google bagi peluang nak naikkan blog.kalau setakat cerita kucing jiran sebelah rumah mati,memang tak dapatla orang ramai nak baca. Mungkin boleh ubah tajuk, "Kucing ini mati dengan muka tersenyum"

Gerenti berduyung-duyung datang nak tengok kucing tu mati tersenyum,Walaupun tak logik,mesti ada yang teringin nak tau. orang kita kan suka ambil tahu. Tengok accident pon macam tak pernah tengok. kaannnn

nak baca lebih pasal SEO kena cari la maklumat kat intenet.Tapi kebanyakannya bahasa inggeris. Blog kita pun bahasa melayu,lagi mau baca itu bahasa omputih.Layankan aje.Tu dulu,sekarang dah ada dalam bahas melayu. Nak tau lebih lanjut klik sahaja disini

Jangan berhenti mencari ilmu selagi nyawa kita dikandung badan. kerana ilmu pelita hidup ketika kegelapan. Selamat berjumpa lagi.

Monday, September 10, 2012

Minda Kekayaan Robert Kiyosaki dikupas dalam isu berbahasa melayu

masih lagi dalam mood raya, baru balik dari open house runah sebelah. Macam biasa makan mesti kasi gegar punya. Malam ni mula lah termengah-mengah nak nafas. penuh dan sarat dengan segala raya punya makanan. 

Setelah beberapa minggu tak menghasilkan post, maklumlah puasa. Nak mengadap laptop pun boleh terlelap. Normal la tu kan. dah penat. Beberapa hari ni ada baca bebarapa artikel mengenai Robert Kiyosaki. Mentor pengurusan kewangan #1 di dunia. 

Mungkin ramai yang dah dapatkan buku "rich dad poor Dad".Memang top selling satu dunia buku ni selain novel la kan. Ada sesetengah dah baca buku ni, tapi masih belum faham lagi apa yang diceritakan oleh beliau.

Ada alternatif untuk anda, dalam versi bahas melayu tapi bukan 100% dialih bahasakan. Cuma sedikit perbicangan di selitkan dalam Konspirasi Kekayaan: Minda Kekayaan Robert Kiyosaki .
Antara bab-bab atau isi penting yang dikupa di sini adalah berkaitan ; 


Dalam bab 1, anda akan mengetahui mengenai hidup jurulatih kewangan no. 1 di dunia. Anda akan mengetahui apa yang pernah Robert buat di dalam hidupnya. Dan kegagalannya. Semua perkara penting yang anda perlu tahu mengenai Robert.

Dalam bab 2, anda akan dibawa kepada zaman Rich Dad, Poor Dad. Itulah permulaan Robert Kiyosaki di mata umum. Anda akan melihat apa Robert buat pada waktu itu dan teras utama buku tersebut.

Bab 3
merupakan bab terpenting dalam e-book ini. Anda akan melihat apa penulis fikirkan mengenai Minda Robert Kiyosaki. Ini penting. Walaupun di dalam bab-bab sebelumnya anda sudah didedahkan dengan serba sedikit mengenai Robert Kiyosaki dan mindanya, di dalam bab ini segalanya akan menjadi semakin jelas.

Alasan mengapa saya ingin tahu tentang otak dan bagaimana ia bekerja kerana saya terkejut ramai yang bercakap mengenai sesuatu perkara tetapi mereka melakukan perkara yang lain.” - Robert T Kiyosaki, Rich Dad Increase Your Financial IQ.

Jadi jika anda masih lagi kurang faham maksud tersirat yang dibincangkan di buku Rich dad poor Dad.Aku syorkan untuk membaca Konspirasi Kekayaan: Minda Kekayaan Robert Kiyosaki .


Tuesday, August 14, 2012

Selamat Hari Raya



berkesempatan untuk menulis blog sebelum raya.maklumlah sibuk dengan berpuasa. Tak sempat nak update blog sendiri. Apa-apa pun nak mengucapkan selamat hari raya puasa maaf zahir batin..

Tuesday, June 26, 2012

Formula Kurus dengan Asam Gelugor/ Asam keping



Amalkan minum air asam keping/gelugor....

Caranya:

Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, kemudiannya masukkan dalam bekas minuman (botol air/ tupperware - 500ml-1liter) rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Setelah suam , buat seperti minuman biasa...diminum sentiasa..air habis ..tambah lagi...sehingga hilang rasa...tukar asam keping lain...

Cubalah..anda pasti terkejut dengan hasilnya..


 KHASIAT ASAM GELUGOR


Asam gelugur atau nama botaninya Garcinia cambogia merupakan buah eksotik berwarna kuning dan berbentuk seakan buah labu. Buah yang dikatakan berasal dari India dan Asia Tenggara ini juga dikenali dengan nama Malabar tamarind, brindle berry dan juga asam keping terutamanya setelah buahnya dikeringkan.

Pokok asam gelugur boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Batang pokok mempuyai kulit berwarna kelabu yang licin dan dahannya mencecah sehingga ke tanah. Daun pokok asam gelugur berwarna hijau gelap, berkilat, panjang sehingga ke penghujung daun. Bunganya berwarna merah. Buah yang sudah masak berwarna kuning dan selalunya akan dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan atau direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Pokok yang tergolong dalam keluarga Guttiferea ini telah mendapat perhatian luas semenjak kebelakangan ini kerana dikatakan isi buahnya yang telah direbus dan kemudian diminum airnya, dikatakan mampu dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan berat badan. Alasan yang diberikan adalah, buah asam gelugur kaya bahan yang dipanggil asid hydroxycitric atau HCA.

Iklan : Bagaimana teknik kurus ini membantu budak gemuk hilang 20kg dalam 5 hari



Saturday, June 23, 2012

Sebab seks suami isteri sanggup bercerai


Kisah disebalik penceraian pasangan suami isteri zaman moden bukan lagi pengaruh mentua. tapi disebabkan masalah seks yang semakin menjadi-jadi dengan orang Malaysia ni. Jom kita tengok di sebalik kisah bilik tidor pasangan yang bercerai

 
Belum terlambat lagi untuk anda menyelamatkan rumah tangga anda. Rugi buat kenduri kahwin beribu - ribu ringggit tapi perkahwinan hanya mampu bertahan setahun sahaja. Tak dapat tengok cucu kita nanti.

Saturday, May 19, 2012

10 Tanda Pasangan Kita Curang

Pasangan curang bukan isu baru. Cerita curang ni dari zaman dulu lagi. Jika anda tersedar pasangan anda ada tanda-tanda di bawah. Bersiap sedia untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. Pasrah dan redha je la.






Resah melihat jam tangan
Dia sering mengejar masa sehingga sanggup meninggalkan anda keseorangan kerana kononnya ada masalah sikit . Padahal masalah dia ? Dah janji dengan perempuan/lelaki lain . Tu yang angkat kaki tu.

Kerap menolak pelawaan
Kalau dulu , beria ajak pergi tengok wayang , karok pe sume , kalau boleh hari hari nak jumpa Seminit tak jumpa , rasa macam 100 tahun . Hiperbola kau . Tapi sekarang , bila kau ajak keluar , dia asyik tolak dengan alasan sejuta . Mungkin sebab dia dah bosan . Jaga jaga cik kiah oi .

Panas baran dan mencari kesilapan
Sikap dia berubah 180 darjah . Dari penyayang , manja , baik hati , romantik bagai , terus jadi panas baran , pemarah , selalu je cari kesalahan kau .Lagi tragis bila dia tak segan silu nak marah kau depan public . Adoii ~ malu noks .

Tidak membenarkan anda memegang / membelek handphone
Ouh , ini biasa . HAHA ! eh kenapa aku gelak ? =.=' Kalau jadi ceni , WAJIB untuk kau curiga ! Mana tahu dalam diam , dia love texting dengan orang lain . Ohmaiii ~

Jarang menelefon anda 
Masa awal bercinta , beria telefon . Asyik berbunyi je handphone tu . Sampaikan housemate / roomate naik marah pulak handphone asyik memekak 24 jam . HAHA ! Tapi sekarang , jangan kata call , mesej pun bila perlu je . "U, nak pinjam RM100" . Okay , FINE !

Perubahan sikap yang ketara
Sama lahh dengan yang panas baran tadi tu.

Asyik lewat ketika temu janji
Sejuta alasan klise dihamparkan bila lambat sampai , jalan jammed , kelas lambat habis , kerja banyak sangat , kene back up kerja orang , bla bla bla . Dulu , boleh je on time . Siap awal lagi . "Takpe baby , I tunggu u sampai u datang okay , lambat sikit pun tak pe." Heh .

Terima call secara rahsia
Time dengan korang , dia terima call , tapi dia lari tempat lain . Dulu , relax je jawab call depan korang . Itu baru call , time dapat mesej pulak lagi lahh . Lepas baca , terus delete . Common war (hambik kau , war terus aku pakai) among couples berpunca dari TELEFON . pehh ~

Sepi tanpa berita
Okayyyy , yang ni dah selalu sangat kena dekat batang hidung sendiri . HAHA ! Dah lali weyhh . Until now , aku sebenarnya FOBIA . HAHA ! lagi =.=' 2 3 bulan lepas tu , dia diam je kann . Apahal ? Kau dah resah gelisah dahh . Padahal dia ? Relax dengan orang lain . Tapi tapi tapi tapi kannn .... aku selalu gak lah buat dekat lelaki cenggini . HAHA ! Sebab aku bosan ! Haa , bosan antara faktor yang membawa kepada sepi tanpa berita . Karma uolz . hehe ;D

Marah apabila anda bertanya aktivitinya
Dah tak boleh nak tanya apa dia buat , makan ape , tido kat mana , dengan siapa , dan lain lain . Kalau dulu , tak yah tanya , dia yang list out semua aktiviti dia sepanjang hari . Detail ! Takde yang tertinggal langsung . Even berapa kali dia kentut pun dia bagi tahu . *pitam*


Tips untuk anda : Bagaimana Nak Pikat Lelaki Idaman Secara Halus.

Sunday, May 13, 2012

Laman Sosial Alternatif Laman Web Sebagai Medium Perniagaan Online

Perniagaan online menggunakan laman sosial kini semakin popular dikalangan peniaga - peniaga. Kelebihan berniaga secara online menjadi alternatif terbaik bagi mereka yang masih hijau dalam perniagaan. Ramai juga yang telah menjadi jutawan dalam perniagaan internet. Jom kita kaji perbezaan medium-medium online web.



1 ) Facebook boleh tak?

Facebook boleh sahaja. tiada masalah. Yang penting kena rajin promosi..promosi..promosi. Dan paling penting kurangkan tag gambar dgn facebook rakan-rakan. terutama yang tidak kita kenali. Ini akan membuatkan mereka ras geram dan menyampah bila tag gambar.

2) Blogspot ok tak?

Blogspot ok juga. Tak de maslah.yang penting rajin2 lah buat artikel yang menarik. Berikan tips-tips dan informasi mengenai produk anda. Yang penting bold atau gelapkan perkataan atau produk yg penting.

3) Wordpress macam mana?

Guru-guru perniagaan internet menggalakan penggunaan wordpress. Sebab lebih mesra dengan SEO. terutama yahoo dan google. Tapi agak susah sedikitlah kalau bab design ni. Kena belajar lebih sikit dik. Belajar banyak nnati tak dpat apply semua. Belajar asas jer dulu

4) laman web sedia ada untuk bisnes online ada tak?

Laman web khas untuk promosi bisnes ada. kena rajin - rajin cari.antaranya :

-lot.com
-weebly.com
-easystore.com

Medium bisnes terbaru. Menggunakan instagram. Hanya snap gambar dan buat hastag.
Memang ringkas je,tapi mesti ada teknik. Boleh rujuk laman web ini IGKaboom.com untuk belajar teknik meniaga di instagram.



Tuesday, May 8, 2012

Turun berat aku 2 kg awal bulan ni

Dah makan ka belum????Kalau belum pergilah makan. perut lapar kalau tak di isi boleh jadi gastrik tau. Nasihat dari aku ni. Tapi alhamdulillah aku belum kena lagi. Sebab asal lapar jer aku makan. Sampai terkejut bila timbang berat dah naik 97kg...waaaaa..manyak terkejut


ada mau pengsan tengok berat aku macam ni kan...sipi-sipi lah dah nak capai 100kg

Dah setahun lebihla aku dengan berat macam tu. Berat tak.tapi still boleh lari laju lagi.Cuma mengah dia lah yang aku tak tahan..hahahaha..Maklumlah bawak berat 2kali ganda dari asal. Nak tau punca berat naik macam ni. Sebab dulu aku injured kat peha lepas main handball. Ni pun nak main futsal pun takut-takut lagi.

pssst..iklan jap..YUNA mintak tolong ni...dia suruh klik kat sini untuk info  http://tinyurl.com/7nfebp7

2 bulan lepas baru layan main futsal. 2x seminggu. Tak larat woo mula-mula. Pening kepala pon ada. Sekarang ni aku dah boleh sepak macam Safee Sali..kalau sepak macam Rooney tu tunggu badan aku turun lagi 10kg..hahahah

Nak jadikan cerita, bila dah banyak keluarkan peluh kat badan aku ni, berat aku dah mula kurang sikit-sikit. Kena jaga bab makan ni. Tapi kalau dah kat rumah...waa.baik punya.Apa-apa pun, sarapan pagi jangan tinggal yer kawan-kawan. Sarapan pagi dapat mengurangkan berat badan.Kalau tak caye try la.

Nak info lebih..aku ikut panduan diet extreme . jadi berjaya kurangkan 2kg dalam masa 2 bulan tanpa Jus mate 5 dan sebagainya..Boleh jer.tak der maslah..janji usaha.Kalu sit up pagi-pagi pun malas,macam mana nak dapatkan perut yg berpetak-petak..



Sunday, May 6, 2012

Jom daftar churpchurp di sini

Cuti pekerja dah abis dah, baru nak buat post baru kat blog..layan cuti sangatlah kan. macam mana rakan - rakan ku sekalian..ada baik ka tarak baik..yang baik kita hebohkan, yang tak baik kita simpan..Yang penting baik punyer....

Post kali ni memenui permintaan kawan-kawan aku kat facebook. Dorang tertanya-tanya apa mende la churpchurp ni. dah lama dah cerita ni. itulah hidup kat facebook suka sangat post gambar. bab duit free pun ketinggalan. nak buat macam mana. Duit lambat dapat,tu yang buat tak tau jer. Tapi not bad lah,sejak masuk dah dapat cek dari churpchurp..Jangan tak caya yur alls..ni realiti bukan cobaannnn.



Antara soalan dan jawapan yang aku boleh tolong ceritakan kat kawan-kawan facebook dan twitter.

Apa itu churpchurp?

adik - beradik kepada nuffnang yang menyebarkan iklan menggunakan laman facebook dabn twitter. Nuffnang pula menyebarkan iklan menggunakan blog yang telah berdaftar di bawah pengiklanan nuffnang.

Cara- cara nak join churpchurp?


Langkah 1 : Klik jemputan ke churpchurp di sini untuk mendaftar

langkah 2 : perlu diingatkan ada 50 orang rakan di facebook dan twitter.senang jer ni.Semua orang ada lebih dari 10

Langkah 3: Mulakan langkah dengan kongsi iklan dilaman sosial anda, dan pastikan bila ada assignment iklan dari churpchurp,ada perlu hantar. Ini salah satu peluang anda untuk menghasilkan komisen paling cepat dan pantas.





Jadi bila kita dapat cash out duit tu?

Kalau anda berjaya mengumpulkan RM100, churpchurp beri peluang untuk anda tebus.pastikan segala maklumat adal h mengikut IC anda. kala silap, anda tak boleh dapat cek. Kena tunggu 2 minggu selepas anda tebus..

Kalau belum join lagi. Daftarlah di sini (klik di sini sekarang)..


Related Malaysia Sites 

> Pendaftaran sebagai ahli churpchurp

Sunday, April 29, 2012

Bisnes menggunakn google.

haiii u alls...Semoga BERSIH semuanya..apa yang menaiknya entry kali ni.tentunya bukan pasal kes BERSIH 3.0. Ni adalah peluang bina laman web bisnes online di bawah kendalian google dan SKMM Menariknya laman web ini dapat membantu pengusaha-penguasaha IKS tempatan untuk mempromosikan produk secara online dengan kadar bayaran RM23 setahun sahaja. Untuk rujukan boleh klik link ini www.getmybusinessonline.com.my

Ni preview untuk laman web yang baru aku design.template tak banyak pilihan.Sebab blog -e commerce kan.Jadi sabar jer la





Memang menarik dan harga memang berpatutan untuk peniaga-peniaga kecil nak promosikan secara online. Biar lebih meluas perniagaan atau perkhidmatan yang anda tawarkan,. Baru- baru ni,aku buatkn satu blog e-commerce menggunakan link td. Syarat- syarat yang perlu anda untuk mendaftar adalah seperti berikut:

1 -Syarikat sudah berdaftar dengan SSM
2 - TIdak menjalankan produk digital.
3 - Tidak menjual barang terlarang dan sewaktu dengannya.

Buat masa ini google menawarkan pendaftran domain PERCUMA untuk 10 000 pedaftar yang pertama. setakat ni tawaran tu ada lagi tawaran.Sebab aku baru register untuk customer aku tadi.Mungkin esok atau lusa baru dapat publish kat korang.

Sesiapa yang berminat nak jual online,inilah masanya. Anda boleh jimat sehingga RM500 untuk laman web. jika di luar sana ingin memrlukan perkhidmatan macam mana nak buat laman web google ni, aku akan tolong. Dengan caj RM30 sahaja.tak mahal.Yang pentinh anda semua dapat berniaga..

Tuesday, April 24, 2012

Ekonomi Berubah, Belanjawan turut Berubah

Bila dah mula bekerja ni..mesti terfikir hutang-hutang yang kita tanggung. Macam cukup atau tak. Dengan harga barang pun semakin meningkat, tambah-tambah pening kita tengok harga...Ook tu satu hal la. Tapi jarang kita mencari alternatif lain untuk buat pendapatan sampingan . Yang ada hanyalah seribu satu alasan.Banyak mana pun alasan anda,semua tu tak menghasilkan pendapatan.Tapi menyempitkan keadaan.

jangan fikir bab bisnes cepat kaya ok!!!!

berniagalah apa pun,janji hasil yang halal. Belajar berniaga memang banyak cabaran. Kalau senang mesti dah ramai yang mula berniaga yer tak..baru satu cabaran jer dah give up..apa boleh buat.memang kita layak makan gaji jer lah..

Bila dah kerja mesti korang nak beli macam-macam kn..Nak beli kereta, nak beli Ipad lah, motor dan rumah. mana yang lebih penting? Rumah atau kereta...kalau aku rumah lagi penting dari kereta. Sebab rumah makin lama naik harga. makin lama di tunggu makin xmampu kita nak beli. Jadi fikirkan dulu cara untuk membeli rumah.

Berhutang???
Kurangkan guna kad kredit..Menangis korag nak bayar hutang kad kredit..dari RM 1000 terus bertambah jadi RM3000..Ni ahlong punya stail.Cuma beza dia soft jer..takde ganas macam ahlong betul..Lagi-lagi yang jenis banyak ciput jer hutang kad kredit,cuma cover bunga jer..lagi lambatlah nak setel.

Bila hutang kita dapat kurangkan,hati menjadi lebih tenang. jalan nak simpan harta tu dah boleh nampak dengan jelas dah.sooooo kurangkanlah berhutang. makin banyak hutang , makin pening korang nak bayar..

Sunday, April 22, 2012

Fikir idea Seperti Anak-anak yang Membesar

Selamat pagi ur all's/..

pagi-pagi Ahad ni layan cerita karton kat TV..maklumlah itu jer yang ad pagi-pagi ni. Seronok tau tengok cerita ni. imginasi tanpa sempadan. idea masih lagi kurang???



sebab apa...
- sebab terlalu banyak letakkan sempadan
- banyak sangat merancang sehingga tidak dapat menjalankan idea itu.
- terpengaruh dengan idea orang lain yang tidak mendatangkan hasil

Kira banyak lagi lah kalau nak sebut. tapi ni antara yang banyak berlaku dikalangan orang yg meningkat dewasa dan remaja. semakin lama hidup, semakin banyak batasan yang perlu ikut. Sehingga membataskan untuk berfikir idea yang lebih baik.

Cuba kita lihat anak-anak kecil, kadang-kadang mereka melakukan satu perkara yang di luar jangkaan kita dalam menghasilkan aktiviti permainan mereka. Anda boleh melihat mereka main, menyusun permainan, cari posisi yang sesuai nak main..hahaha.tp kalau anak-anak menghadap facebook jer tak dapatlkah kan tengok satu-satu..

Cyba letakkan diri anda bebas dari perkara-perkara yang membataskan perkembangan idea anda. terus buat jika mendatangkan hasil yang baik. Perbaiki kesilapan sikit demi sedikit idea yang kita dapat. Supaya nampak hampir sempurna dan  berjaya walaupun tidak 100%..merancang sahaja tapi tiada tindakan memang tak sesuai..

Memang susah kalau kita tak mula dari sekarang. nanti otak kita semakin malas berfikir..sebab tu kita selalu fikir negatif jer dari positif...

**saya ada menjalankan servis blogspot serendah RM30..sesiapa berminat boleh sms 012-9238949 utk tindakan seterusnya atau e-mail ke ns_din007@yahoo.com

contoh blog yg siap di bina..

Wednesday, April 18, 2012

Tingkatkan rank blog dengan Gambar

Dah 4 hari aku tak tulis blog kat sini..4 hari ni bz dengan siapkan blog customer. Ok bila aku design-design blog ni aku dapat belajar satu perkara baru. setiap kali aku search gambar google yang menarik untuk buat post, aku lihat satu link terus ke blog tersebut...emm,satu teknik baru ni yang perlu aku hebahkan (padahal dah lama dah orang tau,..hahahha..saje nak isi masa lapang)

Saturday, April 14, 2012

Cara Mudah Buat Form Guna Google Drive

Salam satu Malaysia..baik puyerrrr...

ok kat sini aku nak kongsikan satu tips PERCUMA menggunakan google. Sapa- sapa dah ada akaun google lagi senang. Sapa yang belum lagi register tau. Selalunya peniaga online pening mencari form yang free dah boleh dipercayai tanpa mengenakan sebarang caj.

Engineer Honda menangis tengok orang kita.

Apa sebab Engineer jepun nangis...

 

Korang selalu tengok orang merempit tak..Motor honda EX5 selalu dorang bawa hulu ke hilir. Orang kita memang dilahirkan menjadi insan yang kreatif.. Kalau tak percaya boleh tengok kat design motor yang orang kita buat. Memang gempak...menangis engineer Jepun.

Panduan Hias Rumah Untuk Ruang Rumah Bersaiz kecil

Ruang sempit..bukan lagi masalah untuk menghias rumah. lagi senang nak hias. Takde pening kepala dah. nak letak perabot yg saiz ciput - ciput jer. Jimat belanja. lagi besar rumah lagi banyak perabot nak letak. Kan dah peniing. .ok jom kita tengok contoh gambar kat bawah ni..ada ok tak??Boleh buka laman web deko bajet DekorasiBajet.com (klik link ini)


Monday, April 9, 2012

nak try jadi Model lalalalala...

Walau rupa mu tidak ku kenal tapi lobang hidungmu tetap jadi pujaan hati ku

 Mesti korang ingat trademark ayat ni...mestilah. ayat filem seniman bujang lapok. Tapi tu bukan ceritanya. ni nak kongsi cerita pasal nak jadi model sambilan..masyuk wooo..Tapi nak jadi model tidak semudah A-B-C. kena ada step dia.

Monday, April 2, 2012

senaraikan apa yg nak buat...


Selalunya aku memang simpan list dalam kepala.Tapi banyak tak terbuat pun.Sebab idea ni kadang- kadang muncul sekejap - sekejap jer. Jadi apa yang aku kena lakukan????

haa..ni bak kata orang-orang berjaya la..aku ikut jer,jadi tak jadi tu belakang kira. Nak jadi hebat kena belajar dengan orang yang hebat. Memamng der...kalau nak jadi bijak, kena belajar dengan banyak guru. Apa lagi la nak menulis blog ni.kadang-kadang kia kena perlukan inspirasi.baru muncul itu idea..

Apa yang mereka selalu tekankan adalah..tulis matlamat anda setiap malam sebelum tidur. Semua orang pun tahu benda ni.Tapi berapa kerat jer la yang buat. kesannya tak sampai 90% pun setiap orang dewasa ni suka buat kerja sia-sia.

Seterusnya.....senaraikan perkara yang perlu anda lakukan.Bahagikan kepada penting dan kurang penting.Dapat menyiapkan kerja dengan masa yang ditetapkan akan meningkatkan tahap mtivasi kita ke arah lebih positif. Korang plak, suka buat kerja tertangguhkan?????

yang terakhir untuk kali ni, kurangkan aktiviti melayan facebook dengan twitter time buat kerja. Sejak ada facebook dengan twitter,time kerja pun layan juga. mana mau siap.Nanti hilang fokus korang. Sebab tu kena off dulu, baru dapat buat kerja dengan fokus.

percayalah,bila korang dapat fokus, idea tu mencurah jer turun dari langit.ayat yang tak power pun jadi lagi power. haaaa.sebab anda fokus untuk kerja anda.



Sunday, March 18, 2012

3 Kunci perlu ada Nak Kahwin Muda

Kalau time cuti sekolah ni, cerita apa yang paling best. Mestilah kenduri kahwin yer tak? Baru-baru ni aku tengok pasangan tu muda lagi.Kira ni pangkat sepupu aku la.Tapi macam mana plak dia dapat kahwin lagi cepat dari aku. Baru jer abis belajar..HUHUHU. 

Jauh lagi ke jodoh aku ni. Baru - baru ni aku tengok ceramah kat tv3 hari jumaat tu..Bab kahwin.AKu suka yang paling last sekali.



Monday, February 27, 2012

Jenamakan Blog kita

Bila cerita pasal jenama, mesti korang ingat produk jer ada jenama atau paling best disebut branding. Tak semestinya produk jer, blog pun boleh.Apa yang kita kaitkan dengan jenama blog???

 - tema blog kita
 - isi kandungan blog
 - arah tuju blog kita.


Saturday, February 18, 2012

Formula nak dapat RM 1 juta dalam masa setahun...



Aku selalu melakukan kira-kira macam mana nak dapatkan RM 1000,000 dalam 12 bulan.Macam mana tu.Selalunya bila kita sebut 1 juta pasti orang kata mengarut. Sebab kita dah belajar matematik dari kecik sampai ke tua ni la, kita gunakan. Selalunya orang yang buat bisnes suka buat kira-kira ni. Orang kata nak cari nombor magik dalam bisnes. Tapi jangan terkejutlah, sebab ni salah satu formula dorang nak menjadikan kerja menjadi mudah dan senang. mereka tidak pandang dengan 1 juta, tapi dengan nilai yang paling kecil. Ok buat masa ni kita buat pengiraan mudah, bagaimana nak dapatkan RM 1000,000 dalam setahun..

Sunday, February 12, 2012

kalau kumpul 20 sen dalam blog

Bila kita sudah mendaftar di blog pengiklanan nuffnang dan churpchurp, semestinya kita terus tengok komisen yang ditawarkan. pasti lemah jer semangat bila tengok 20 sen jer setiap iklan. Takkan dah lemah kot tengok 20 sen jer.. Orang lain dah berjaya kutip hasil lebih dari RM100 setiap bulan. Kita mesti boleh punya. Jika nuffnang jarang bagi iklan kat blog anda, mungkin sebab blog anda masih lagi kurang popular. Buat permulaan update cerita - cerita hot..macam artis nak bercerai ke, masuk mahkamah ke, kes-kes pelik kat Malaysia ke..macam lah boleh buat. Memang tak terlayan nak buat semua tu, jadi yan senang update cerita sensasi setiap 1 hari. Ini lagi mudah dari kita update  5 post setiap hari.

Tumpang blogspot pun tak mengapa



Selalunya apabila kita melihat blog orang-orang yang dah popular, semuanya direct terus menggunakan www.nama.com..Kita pun tertanya - tanya kalau guna blogspot agak-agak ada orang nak datang ke? Kita tak perlu risau jika kita masih hijau dalam dunia berblogging. 
Sebab apa aku kata macam ni...


Friday, February 10, 2012

Macam mana nak popularkan blog kita...

ok..sekarang ni kita membingcangkan macam mana nak popularkan blog kita. Bila blog kita popular, makin senang nak tarik pengunjung tengok apa yang menarik sangat blog kita ni. Salah satu cara yang paling popular adalah blogwalking. Kita melawat blog orang lain dan seterusnya tinggalkan link blog kita, berharap dia akan mengunjung blog kita semula. 

Ada juga kaedah lain  yang boleh mempopularkan blog kita. Manalah tahu, tahun ni tercalon anugerah blog popular oleh Nuffnang. Itu rezeki la kalau dah tercalon. Selain dari blogwalking apa cara yang boleh kita lakukan dengan popularkan blog kita???

Ada 3 cara yang sesuai, mungkin ada lebih. tapi buat masa ni bagu 3 dahulu..

1 - kongsikan tips -tips yang menarik dan sesuai. Sekarang ni semua info di hujung jari. kebanyakkan pengguna internet tidak lagi belek majalah untuk mencari info dan tip-tips. hanya taip petua sahaja pasti banyak yang keluar. Tidak kiralah petua apa yang kita cari. mesti ada punya.

2 - Buat artikel yang menarik di forum-forum internet. pastikan dahulu anda membaca syarat-syarat sebelum membuat artikel. Dengan cara penulisan artikel yang menarik, dapat memujuk pembaca terus mencari blog anda. seterusnya jika dia sudah tertarik, akan menjadi pembaca tetap blog anda.




3 - Cara ni memang best dan menarik. pastikan muka anda cute dan hensem membuat rakaman video. upload video mengenai blog anda. Info-info yang menarik dalam blog anda. Cara ini memang ramai yang lakukan. Memang berhasil. Bila kita sudah upload video di youtube, pastikan link blog kita sertakan sekali.

apabila blog kita sudah terkenal dan dipercayai, kita boleh mulakan aktiviti - aktiviti seperti giveaway ke, kuiz ke atau cari jodoh ke..kan...Baru bersemangat kita nak menulis blog..untuk kali ni sahaja info yang terbaru. selama mencuba...

Tuesday, February 7, 2012

Tujuan apa buat blog??

Apa tujuan kita menulis blog??? Salah satu soalan yang selalunya muncul, terutama blogger yang baru mula untuk mengaktifkan diri dalam blog. Salah satu tujuan kita, berkongsi idea, info - info terbaru. Selalunya gosip artis menjadi pilihan untuk blogger baru. Post mengenai gosip artis memang selalu orang suka.


Monday, February 6, 2012

Gunakan blog untuk jana pendapatan

Sesetengah orang menganggap menulis blog adalah untuk suka-suka. Tapi ada antara rakan blogger menganggap dengan menulis blog boleh menjana pendapatan.

Perniagaan apa yang boleh dilakukan dengan blogspot???

Jika dahulu tak ramai orang menggunakan blogspot sebagai tempat untuk berniaga Sekarang tidak lagi. Ini kerana blogspot lebih mudah dan mesra pengguna. tapi masih ada kekurangan jika menggunakan blogspot. Blogspot tidak mesra dengan enjin carian. jadi untuk mengatasi masalah ini,anda perlu link post anda dengan menggunakan akaun twitter atau facebook.

Tulis Blog Bukan Sekadar Hobi, Teruskan Menulis

anda ada blog, tapi masih lagi kosong???

Secara realitinya, kebanyakkan blogger menghadapi masalah untuk mencari idea untuk menulis di blog masing-masing. Mengapa ini berlaku..hal ini disebabkan blogger-blogger tidak melakukannya. Mereka mengatakan tiada idea. Idea tidak akan datang jika kita mengatakan tiada idea. Apabila perkataan atau ayat seperti itu dikeluarkan dalam kepala, secara automatiknya akan menyebabkan otak akan berhenti memberi idea.anda harus mengubah kepada soalan.Contohnya:

Sunday, February 5, 2012

Blog simple sangat...

Blog yang ringkas dan menarik menjadi satu daya tarikan untuk pengunjung melawat blog anda. Sebab munasabab blog anda perlu ringkas dan menarik, supaya blog lebih cepat dan tidak terlalu berat untuk dipaparkan. Ini untuk mengelakkan pengnjung terpaksa menunggu lama, sedangkan post blog yang anda taip memang menarik. 

3 langkah untuk beri nafas baru pada blogpost

Salah satu isu yang selalu dihadapi oleh newbie dan rakan-rakan yg baru berjinak-jinak dengan dunia blog adalah post yang lama. Apabila artikel baru mula diterbitkan, artikel lama pasti diendahkan. Jadi bagaimana untuk mengurangkan masalah ini. Ada banyak cara, tapi buat masa ni aku bagi 3 jer..

Saturday, February 4, 2012

Tips menarik tentang blog

Blog tidak akan bergerak dengan sendirinya. Sebagai seorang blogger yang baru (newbie), anda seharusnya mempunyai disiplin yang konsisten dalam menghasilkan kerja dan penulisan artikel yang berkualiti dan menarik. Seterusnya dapat melahirkan satu blog yang berjaya.


 "Blog tidak akan bergerak dengan sendirinya."
"konsisten dalam menghasilkan kerja dan penulisan artikel"

Sunday, January 22, 2012

dekorasi rumah

Jadikan Diri Anda Seorang Pakar Dekorasi Hari Ini!.

“Rumahku, Syurgaku” & “Home! Sweet home!”. Dua sebutan yang popular dan tepat untuk dinyatakan bertapa indahnya dan selesanya rumah kita. Adakah ayat ini sesuai digambarkan untuk kediaman anda?

Ok..make it simple..perhiasan di rumah tidak semestinya perlu mahal tapi dengan perbelanjaan yang sedikit mampu membuatkan rumah anda ceria.yang penting kesesuaian warna dan perabot.Mungkin anda perlukan sedikit panduan untuk dekorasi rumah anda.anda boleh jadi pakar hanya di rumah..

panduan percuma bermula di sini:

Wednesday, January 11, 2012

Fibox : Shoutbox Yang Cool Untuk Blogger

Fibox adalah satu lagi nama baru untuk shoutbox yang memasuki ruang maya ini. Rentetan daripada shoutmix yang akan menamatkan perkhidmatan percumanya, admin dapati Fibox menawarkan shotbox yang bagi admin memang cool, (walaupun bagi admin baru sekali pandang:)

Fibox kini dalam fasa beta dimana lebih banyak penambahbaikan yang akan dilakukan oleh pihak yang terbabit. Lihat pada paparan yang mesra pengguna dan penggunaannya yang mudah, admin tidak ambil masa yang lama untuk terus daftar. Anda boleh melihat contoh shotbox di sebelah kanan blog nasarudin.com

anda boleh create iklan sembang dan gosip2 semula..best x?

Buka www.fibox.ws, kemudian klik pada Sign Up 



. Daripada dashboard, anda boleh tetapkan setting yang anda kehendaki

 
 
 Copy code yang diberi dan paste ke dalam ruangan HTML/javascript blog anda.

Monday, January 9, 2012

Adam Adli Digantung Pengajian 3 Semester Isu Turun Bendera

Adam Adli Abdul Halim, 22, dari UPSI yang mencetuskan kegemparan seluruh dunia Malaysia baru-baru ni telah dihukum gantung pengajian selama 3 semester selepas didapati bersalah menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak semasa demonstrasi di pekarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu.

Dia dijatuhkan hukuman mengikut Peraturan 3 dan 4 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) kerana mencemar nama baik universiti dan memudaratkan ketenteraman awam. Adam Adli dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.

P/s: Adeiiii lambat la nak habis belajar, tapi tak leh nak kata apa la sebab sendiri cari pasal...