Gunakan blog untuk jana pendapatan

, , 1 comment
Sesetengah orang menganggap menulis blog adalah untuk suka-suka. Tapi ada antara rakan blogger menganggap dengan menulis blog boleh menjana pendapatan.

Perniagaan apa yang boleh dilakukan dengan blogspot???

Jika dahulu tak ramai orang menggunakan blogspot sebagai tempat untuk berniaga Sekarang tidak lagi. Ini kerana blogspot lebih mudah dan mesra pengguna. tapi masih ada kekurangan jika menggunakan blogspot. Blogspot tidak mesra dengan enjin carian. jadi untuk mengatasi masalah ini,anda perlu link post anda dengan menggunakan akaun twitter atau facebook.


Apa-apa barang yang tidak menyalahi undang-undang boleh dipromosikan menggunakan laman blogspot. anda boleh menjual baju, kotak berhias, ubat- ubat herba dan macam-macam lagi. jangan terlalu memikirkan jika barang anda tidak terjual. Anda perlu fikirkan bagaimana orang mahu datang ke blog anda seterusnya membeli barang yang anda jual.

Apa yang penting anda perlu jujur dan memastikan produk yang anda jual dalam keadaan baik dan tidak cacat celanya.Ini akan memberi kesan dalam perniagaan online anda. Jadi mulakanlah perniagaan. Kerana perniagaan adalah 9/10 pintu rezeki umat Islam..

1 comment: