Monday, April 2, 2012

senaraikan apa yg nak buat...


Selalunya aku memang simpan list dalam kepala.Tapi banyak tak terbuat pun.Sebab idea ni kadang- kadang muncul sekejap - sekejap jer. Jadi apa yang aku kena lakukan????

haa..ni bak kata orang-orang berjaya la..aku ikut jer,jadi tak jadi tu belakang kira. Nak jadi hebat kena belajar dengan orang yang hebat. Memamng der...kalau nak jadi bijak, kena belajar dengan banyak guru. Apa lagi la nak menulis blog ni.kadang-kadang kia kena perlukan inspirasi.baru muncul itu idea..

Apa yang mereka selalu tekankan adalah..tulis matlamat anda setiap malam sebelum tidur. Semua orang pun tahu benda ni.Tapi berapa kerat jer la yang buat. kesannya tak sampai 90% pun setiap orang dewasa ni suka buat kerja sia-sia.

Seterusnya.....senaraikan perkara yang perlu anda lakukan.Bahagikan kepada penting dan kurang penting.Dapat menyiapkan kerja dengan masa yang ditetapkan akan meningkatkan tahap mtivasi kita ke arah lebih positif. Korang plak, suka buat kerja tertangguhkan?????

yang terakhir untuk kali ni, kurangkan aktiviti melayan facebook dengan twitter time buat kerja. Sejak ada facebook dengan twitter,time kerja pun layan juga. mana mau siap.Nanti hilang fokus korang. Sebab tu kena off dulu, baru dapat buat kerja dengan fokus.

percayalah,bila korang dapat fokus, idea tu mencurah jer turun dari langit.ayat yang tak power pun jadi lagi power. haaaa.sebab anda fokus untuk kerja anda.



No comments:

Post a Comment