Tuesday, June 26, 2012

Formula Kurus dengan Asam Gelugor/ Asam keping



Amalkan minum air asam keping/gelugor....

Caranya:

Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih, kemudiannya masukkan dalam bekas minuman (botol air/ tupperware - 500ml-1liter) rendamkan dalam air panas - TIDAK PERLU TAMBAH GULA.

Setelah suam , buat seperti minuman biasa...diminum sentiasa..air habis ..tambah lagi...sehingga hilang rasa...tukar asam keping lain...

Cubalah..anda pasti terkejut dengan hasilnya..


 KHASIAT ASAM GELUGOR


Asam gelugur atau nama botaninya Garcinia cambogia merupakan buah eksotik berwarna kuning dan berbentuk seakan buah labu. Buah yang dikatakan berasal dari India dan Asia Tenggara ini juga dikenali dengan nama Malabar tamarind, brindle berry dan juga asam keping terutamanya setelah buahnya dikeringkan.

Pokok asam gelugur boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Batang pokok mempuyai kulit berwarna kelabu yang licin dan dahannya mencecah sehingga ke tanah. Daun pokok asam gelugur berwarna hijau gelap, berkilat, panjang sehingga ke penghujung daun. Bunganya berwarna merah. Buah yang sudah masak berwarna kuning dan selalunya akan dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan atau direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.

Pokok yang tergolong dalam keluarga Guttiferea ini telah mendapat perhatian luas semenjak kebelakangan ini kerana dikatakan isi buahnya yang telah direbus dan kemudian diminum airnya, dikatakan mampu dijadikan sebagai bahan untuk mengurangkan berat badan. Alasan yang diberikan adalah, buah asam gelugur kaya bahan yang dipanggil asid hydroxycitric atau HCA.

Iklan : Bagaimana teknik kurus ini membantu budak gemuk hilang 20kg dalam 5 hari



Saturday, June 23, 2012

Sebab seks suami isteri sanggup bercerai


Kisah disebalik penceraian pasangan suami isteri zaman moden bukan lagi pengaruh mentua. tapi disebabkan masalah seks yang semakin menjadi-jadi dengan orang Malaysia ni. Jom kita tengok di sebalik kisah bilik tidor pasangan yang bercerai

 
Belum terlambat lagi untuk anda menyelamatkan rumah tangga anda. Rugi buat kenduri kahwin beribu - ribu ringggit tapi perkahwinan hanya mampu bertahan setahun sahaja. Tak dapat tengok cucu kita nanti.