Monday, September 10, 2012

Bayar Pinjaman PTPTN Serendah RM50 Setiap Bulan.

Kini Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) boleh membayar semula pinjaman pada kadar serendah RM50 sebulan. lebih murah dari bil telefon bimbit korang. Berita ni memang amat melegakan. lagi-lagi orang yang baru habis belajar macam aku ni..hahahh.Janji hutang kena bayar beb.

Petikan ringkas dari Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN juga amat bertolak ansur dengan peminjam kerana agensi itu bersedia berunding menjadualkan semula pembayaran balik.
 
"Bukan matlamat PTPTN untuk mengambil tindakan tegas kepada pelajar, tetapi bagi memberikan peringatan supaya pelajar yang berhutang dengan PTPTN dapat berhubung dan berurusan dengan kita dan tidak mendiamkan diri," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
 
Katanya PTPTN kesal kerana ada peminjam yang sudah mendapat pekerjaan namun bukan sahaja tidak membayar balik pinjaman, tetapi juga tidak mengendahkan notis peringatan.
 
Sehingga Februari lalu, PTPTN memberi pinjaman kepada 1.95 juta pelajar membabitkan peruntukan RM43.6 bilion.
 
Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga Februari lalu juga seramai 1,201,726 pelajar telah membuka akaun di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) membabitkan simpanan sebanyak RM598.22 juta.

Apa lagi yang anda perlu pening, hutang perlu bayar.Dah pandai pinjam pandailah bayar...Baik punyer

0 comments:

Post a Comment

Click Ad3