Monday, December 15, 2014

Cara Tebus/Redeem mata ganjaran Big Point untuk Pengguna Tone Excel

tebus point air asia


Bigpoint adalah mata yang terkumpul dari hasil topup tunetalk. Ramai pengguna talian tunetalk sama ada tone excel dan tone plus masih blurr cara - cara menebus big point. Ada yang sudah mengumpul point sehingga 10 000 mata. Jangan tak tau ada tiket kapal terbang yang boleh anda tebus di laman web www.airasiabig.com



Untuk tebus point Big Point untuk tiket kapal terbang, jumlah terkumpul yang wajib mestilah 3000 point. Jika point belum mencukupi anda boleh guna untuk menebus barang lain di online store tunetalk.


Berikut ada beberapa cara yang perlu anda lakukan untuk menebus big point tukar kepada tiket kapal terbang,


Langkah Pertama :
Bagi pengguna tunetalk/tone excel anda perlu mendaftar di selfcare tunetalk.
https://selfcare.my.tunetalk.com/

atau :
http://www.tunetalk.com/my/
Kemudian klik self register

jika anda baru pertama kali mendaftar, daftar no.ic dan no.hp anda dahulu.



Langkah kedua:

klik first time login.

Daftar segala maklumat yang diperlukan. Pastikan tepat kerana ini melibatkan data personal anda.
Pendaftaran ini perlu untuk mendapatkan id big shot.


Setelah selesai pendaftaran, jika sudah berjaya, Anda boleh buka e-mail untuk verify.
Kemudian anda akan dapat big shot id

big id air asia big point


Langkah ketiga :

Jika anda sudah mendapat id, boleh klik link di bawah untuk melakukan pendaftaran redeem point.


klik bahagian sign up, dan pilih register your id


Langkah keempat :

Seterusnya buka semula laman web www.tunetalk.com
Ikut cara ini. Sebab laman web tunetalk tidak menyediakan bahasa malaysia.

1 - Pilih menu online store
2 - Tekan menu redemption
3 - Ruang Show Me pilih AIR ASIA BIGPOINT





4 - Tekan Redeem Now. Akan keluar ruangan untuk mengisi no.ic dan password



5 - Selepas submit (penghantaran)

Tekan yes dan anda akan terus di hantar ke ruangan ini


klik petak I accept.
Dan submit order. Siap

Tunggu pengesahan email dari air asia. Selamat mencuba. Jika dah berjaya, boleh cek point anda di laman web bigpoint asia