Tuesday, June 16, 2015

3 Langkah Mudah Mulakan WhatsApp Web

Ramai yang masih belum tahu bagaimana nak mengaktifkan whatsapp Web. Di sini saya cuba berikan 3 langkah mudah untuk memulakan whatsapp web.

Sebelum itu, pastikan anda telah update applikasi whatsapp yang terkini. Aplikasi whatapp terbaru membolehkan anda menggunakan whatsapp web.

Langkah pertama :

Buka google chrome untuk menggunakan aplikasi ini. Kemudian buka whatsapp anda. Pilih menu untuk buka senarai menu yang ada. Anda akan jumpa Whatsapp WEB di bahagian menu.



Langkah kedua:

Taip laman web ini untuk buka whatsapp web : web.whatsapp.com . Kemudian anda perlu scan QR kod yang diberikan di laman web tersebut.



Langkah ketiga :

Jika anda sudah berjaya scan QR kod, automatik akan dibawa ke laman web. Seperti gambar di bawah. Kini anda boleh buat kerja di komputer sambil whatsapp tanpa mengadap telefon pintar.



Selamat mencuba.

Anda ingin baca yang lain. Klik sahaja link di bawah .


  1. Teknik melajukan komputer anda ( khas pengguna Window Microsoft)
  2. Rahsia menjaga kereta Tanpa pengetahun Pomen
  3. Cara lulus temuduga N17 (pembantu tadbir peekeranian)