Wednesday, November 9, 2016

Panduan Bagaimana Untuk Lulus Temuduga Di Sektor Awam

Bekerja di sektor awam antara pilihan kerja yang paling banyak permohonan. Kadangkala permohonan mncapai sehingga berpuluhan ribu walaupun jawatan yang dibuka hanyalah 5 kekosongan. Situasi ini menyebabkan persaingan antara graduan yang baru tamat pengajian dengan pekerja - pekerja swasta yang lain. Jika anda berminat untuk memohon jawatan dalam kerajaan boleh buat permohonan di SPA8i atau taip sahaja www.spa.gov.my

Melalui laman web tadi, anda akan dapat notis pengiklanan kerja kosong kerajaan. Apa yang perlu anda lakukan, pertama anda perlu membuat pendaftaran. Isi lengkap segala maklumat dan permohonan jawatan. Jika permohonan anda berjaya, selalunya SPA akan berikan email melalui email yang anda telah daftar.

Kenapa pekerjaan sektor awam menjadi pilihan?

Ada beberapa sebab mengapa begitu ramai memohon jawatan kosong kerajaan. Antara sebabnya : 
  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak.
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan.
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah.
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita.
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik.
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD).
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA).
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan.
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara.
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan.
Dengan tawaran yang baik, tidak mustahil pekerjaan di sektor awam menjadi pilihan. Keadaan sudah berubah. Tawaran pekerjaan yang sangat terhad menyebabkan persaingan semakin tinggi. Oleh itu, persediaan yang rapi perlu dilakukan sebelum anda memasuki alam temuduga.

kerja kosong kerajaan


Tips ringkas untuk anda lulus temuduga.
  1. Selepas anda mendapat surat panggilan untuk temuduga, baca dengan teliti. Lihat tarikh dan tempat temuduga. Jadi anda boleh rujuk tempat temuduga dengan lebih awal. 
  2. Sediakan dokumen - dokumen penting untuk dibawa semasa temuduga. Pastikan lengkap dan tersusun. Ini untuk memudahkan penemuduga melihat dokumen anda.
  3. Berpakain kemas dan tidak terlalu seksi.
  4. Duduk dengan sopan, dan mata fokus ke arah penemuduga.
kerja kosong kerajaan




Antara soalan-soalan yang akan ditanya oleh penemuduga :

  • Terangkan Tentang Diri Anda?
  • Apakah Kelemahan Terbesar Anda?
  • Anda Sudah Bekerja! Mengapa Anda Memohon Jawatan Ini?
  • Apakah Sikap Positif & Negatif Diri Anda?
  • Apa Lebihnya Anda Berbanding Calon Lain?
  • Kenapa Anda Mahu Kerja Dengan Kerajaan?
  • Apa Pendapat Rakan Sekerja Anda Tentang Diri Anda?
  • Apakah Pencapaian Terbesar Anda?
  • Apa Alasan Anda Untuk Berhenti Di Tempat Kerja Lama?
  • Apa Anda Nak Buat Kalau Pekerja Bawahan Anda Malas?
Sebagai rujukan untuk anda lulus temuduga, anda boleh rujuk panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerajaan . Tip - tip penting ketika temuduga akan dikongsikan sebagai rujukan. Semoga berjaya.

Tuesday, August 23, 2016

Kelebihan Pelaburan ASB vs Saham

Saham adalah salah satu cara untuk menggandakan wang tanpa perlu bekerja. Aktiviti jual beli saham masih baru dikalangan orang Melayu. Ramai yang menganggap saham hanya untuk orang-orang kaya. Modal perlu besar, dan mereka masih selesa dengan pelaburan saham ASB.


haram pelaburan asb



Beberapa tahun kebelakangan ini, isu pelaburan ASB adalah tidak mengikut syariah menggemparkan para pelabur ASB. Ada beberapa isu yang telah dibangkitkan mengenai ASB. Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini kita boleh rujuk blog tulisan Ust.Zaharudin di link ini :


Ada fatwa mengatakan pelaburan ASB ini adalah HARUS. Pelaburan ASB ada baik dan ada juga kelemahannya. Jadi di sini kita akan kupas beberapa isu ASB dan SAHAM.
  1. Dividen ASB purata setiap tahun 7.5% berbanding SAHAM 20% - 100% setiap tahun.
  2. ASB berisiko rendah berbanding SAHAM
  3. ASB hanya simpan dan tunggu berbanding SAHAM anda perlu pantau setiap hari.
  4. Akaun simpanan ASB boleh buka di bank konvensional, manakala SAHAM hanya di Investment Bank.
  5. Status pelaburan saham mengikut syariah berbanding status pelaburan ASB.
  6. Akaun saham boleh diwarisi berbanding akaun ASB.
belajar saham

Pelaburan saham masih baru dan fresh dikalangan melayu. Jadi masih banyak ruang yang boleh kita belajar mengenai saham. Ada yang menganggap urusniaga ini boleh jadikan kita muflis dan berisiko tinggi. Jika anda masih berfikiran seperti ini, anda masih silap. Sebenarnya pelaburan saham adalah pelaburan yang menguntungkan.

Jika ada yang berjinak-jinak untuk melabur saham, pastikan anda ada ilmu mengenai pelaburan saham. Pastikan ada asas mengenai saham, sebelum bermula. Kini pelaburan saham semakin mudah. Anda boleh duduk depan laptop, online stock saham dan lihat pergerakan graf secara santai di rumah atau di pejabat. 

Bagaimana jika masih belum jumpa panduan ilmu cara melabur saham?
Saya boleh syorkan kepada anda sebuah ebook mengenai saham tulisan Tuan Khairul Arrifin
Boleh rujuk di laman web ini SistemSaham.com

Apa yang saya katakan, anda harus belajar ilmu asas pelaburan saham. Anda boleh jadikan Wuffen Burret sebagai idola. Beliau merupakan pelabur saham paling berjaya dalam era moden. Mula dan praktis. Itu adalah yang terbaik.