Tips Ringkas Borong Barang China

, , No Comments
Dalam dunia internet, apa –apa perniagaan boleh dilakukan secara maya. Kini penggunaan internet semakin meluas. Dengan adanya aplikasi atau web yang menggunakan media sosial telah membantu meningkatkan lagi urus niaga dalam talian.

Ramai yang ingin belajar berniaga. Kebanyakannya masih tercari – cari produk untuk dijual secara online. Ada yang berminat untuk mencari produk dari China tetapi masih belum jumpa cara untuk mendapatkan barang dengan harga pukal/borong .

Kenapa borong barangan dari China menjadi pilihan?
Ramai yang tidak mengetahui, keuntungan sehingga 100% boleh dicapai dengan memborong barang China dan menjualnya semula di serata dunia.


produk borong dari china



Sedia maklum barangan China adalah pusat pengeluaran produk terbesar di dunia. Pelbagai barangan dari pakaian hinggalah barangan elektronik boleh diborong dari China. Tahukah anda jika kita pergi memborong sendiri di China melibatkan kos yang agak besar. Jadi tidak berbaloi untuk seseorang menghabiskan kos modal besar untuk pergi ke sana. Kita perlu fikir kos penerbangan, kos makan minum, kos hotel dan kos beg. Paling minimum RM3000 anda perlu sediakan jika berhajat ke sana. Begitu besar perbelanjaan.

Jadi, bagaimana kita boleh meminimumkan kos dengan memborong barang yang berkualiti pada harga yang rendah. Dengan kemudahan sistem internet, laman website borong dari China telah diwujudkan. Sebagai permulaan anda boleh mendaftar di Taoboa.com . Jika anda inginkan sedikit panduan bagaimana cara mendaftar di laman web ini boleh rujuk : Panduan Pendaftaran Taoboa 

Jika sudah berjaya, anda boleh membuat pemilihan produk. Pembelian produk bergantung pada permintaan. Ada permintaan penjualan semakin mudah. Ada beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika membuat pembelian secara online. Pastikan produk yang anda pilih tidak mudah rosak dan tidak begitu sensitif. Ini memudahkan proses barangan dihantar melalui perkhidmatan kurier.

Ada dua pembelian cara borong menggunakan online. Anda boleh melakukan sendiri atau menggunakan perkhidmatan ejen. Ada beberapa kelebihan menggunakan ejen berbanding melakukan secara bersendirian. Masalah utama apabila tifak menggunakan ejen melibatkan masalah pembayaran, penghantaran/refund dan pelepasan barang daripada pihak kastam. Dengan wujudnya ejen yang menawarkan perkhidmatan pengurusan barang dari China, ini mampu menjimatkan masa dan barang dapat dalam keadaan baik. Untuk melihat cara pengiraan kos menggunakan ejen anda boleh rujuk link facebook ini : https://www.facebook.com/notes/taobao-agent-malaysia/how-to-order-fees/1551066558507428

pembekal barangan china


Bila barang yang sudah dipesan sudah sampai ke rumah anda, seterusnya pemeriksaan setiap barang perlu dilakukan sebelum menjual. Anda wajib buat perkara ini untuk mengelakkan barang yang dijual pada pelanggan mengalami kerosakan. Sedikit kesilapan boleh menjejaskan reputasi anda sebagai peniaga online.  Bagi anda yang belum biasa menjual produk fizikal secara online, contoh ayat/skrip boleh anda klik pautan  Rahsia Bisnes Online Barang China di sini.


Iklan : Bagaimana anda mempu jimatkan RM3000 dengan borong produk dari China Secara Online.

0 comments:

Post a Comment