Thursday, November 16, 2017

3 Cara percuma Untuk Mulakan Perniagaan Online

Perniagaan secara online kini menjadi pilihan usahawan - usahawan muda. Kelebihan perniagaan yang dapat menjimatkan kos sehingga 50% berbanding perniagaan konvesional menyebabkan para usahawan mula beralih arah. Kemudahan intenet yang semakin baik, membantu mengubah cara pelanggan membuat pembelian. Jika anda masih baru dan ingin mencuba perniagaan online secara part time, gunakan peluang berniaga online secara dropship. Kelebihan dropship, anda tidak perlu menyimpan stok di rumah. hanya ambil tempahan dan membuat pembayaran. Segala proses penghantaran akan diururskan oleh pihak dropship.Untuk mencari produk dropship anda boleh rujuk di laman web KUMOTEN . Laman web ini banyak menyediakan produk - produk dropship yang sedia untuk di jual.




Apabila terhasilnya telefon pintar/smartphone, aplikasi - aplikasi media sosial mula berkembang pesat. Pelbagai aplikasi smartphone memudahkan cara berhubung antara pelanggan dan peniaga online. Pihak bank juga telah meningkatkan perkhidmatan pembayaran online dengan mudah dan lebih selamat. Mudahkan, tak perlu lagi memandu kereta untuk ke shopping mall.

Jika anda seorang peniaga yang masih baru dalam perniagaan online, ada beberapa aplikasi smartphone yang boleh anda gunakan untuk memulakan perniagaan online. Paling penting cara ini boleh membantu menjimatkan kos pemasaran sehingga 80%.


1 . Facebook



Facebook antara salah satu medium media sosial yang paling ramai pengguna di seluruh dunia. Jika anda seorang peniaga online, menggunakan facebook merupakan satu langkah terbaik untuk memulakan promosi. Pengguna facebook sentiasa bertambah setiap tahun. Wujudkan akaun fanpage dan group facebook sebagai kedai online. Dengan post – post yang menarik di facebook menjadikan fanpage anda bernyawa. Setiap kali prospek anda membaca status yang anda post, meningkatkan lagi kepercayaan mereka terhadap perniagaan yang anda jalankan. Untuk panduan lengkap bagaimana untuk menjadikan fanpage anda meriah bagaikan fanpage superstar, boleh dapatkan panduan Fanpage Superstar ditulis oleh  Nigel Ong.


2. Instagram





Instagram asalnya adalah untuk media sosial yang berasaskan fotografi. Snap pakai handphone, kemudian upload. Bila media sosial ini berkembang, ramai yang nampak peluang untuk monetize akaun instagram masing-masing. Maksudnya, cuba nak buat duit sampingan dengan akaun instagram mereka. Kelebihan menggunakan hastag (#) sebagai trending di Instagram memudahkan pelanggan mencari peniaga – peniaga online yang boleh menawarkan mereka produk atau perkhidmatan di Instagram. Seperti facebook, prospek pelanggan yang berkualiti boleh menghasilkan jualan. Bagaimana cara berniaga online di instagram?

Boleh dapatkan panduan di link ini : 


3. WeChat



Selain Whatsapp, aplikasi lain yang boleh meningkatkan promosi perniagaan adalah WeChat. Masih ramai peniaga boleh memaksimumkan penggunaan WeChat. Berikut ada beberapa fakta WeChat yang boleh ambil kira.
  • 300 juta pengguna berdaftar di seluruh dunia memegang kedudukan teratas bagi carta aplikasi percuma untuk enam minggu berturut-turut sekali gus menjadi aplikasi sosial nombor satu yang paling banyak dimuat turun di Google Play dan App Store di Malaysia.
  • 60 peratus adalah di kalangan pengguna telefon pintar di Malaysia.

Jika anda belum download aplikasi wechat, saya sarankan download aplikasi ini sekarang. Pengguna Wechat dikalangan anak – anak muda berpotensi sebagai pelanggan tetap anda. Mereka sudah terdedah dengan internet. Jadi semakin mudah untuk berurusan dengan mereka.

Untuk lebih mahir menggunakan WeChat dapatkan panduan di link ini. 

No comments:

Post a Comment