4 Tips Pantas Untuk Jimat Persiapan Anak-anak Kembali Ke Sekolah

, , No Comments

Tinggal  lebih kurang dua minggu je lagi sesi persekolahan 2018 nak bermula. Selalunya, pada waktu begini, ibu bapa akan sibuk di pasaraya untuk membeli segala kelengkapan persekolahan anak-anak. Namun begitu banyak perkara harus difikirkan agartidak terlebih berbelanja atau berbelanjalah dalam bajet.


Jadi, disini, saya ingin kongsikan 4 Tips Pantas Untuk Jimat di dalam menyediakan persiapan Anak-anak kembali ke sekolah


1. Senaraikan Barang Yang Mahu Dibeli



Buat checklist. Selain dapat meminimumkan kos, boleh mengelakkan barang yang tertinggal. memudahkan pencarian barang.


2. Tak Semestinya Semua Mesti Baru! 


Tak perlu semuanya baru. Contohnya bekas alat tulis dan beg. 


3. Survey Harga Di Beberapa Kedai / Pasaraya



Boleh tanya kawan2 juga tentang kedai mana yang menawarkan harga lebih berbaloi. Pasaraya mungkin menawarkan diskaun, tapi bandingkan dengan kedai biasa. Kualiti yang sama tapi harga yang berbeza. kenapa perlu bayar lebih.


4. Tak Perlu Beli Jenama Terkenal



Fakta Penting !!! Jenama terkenal tidak menjamin apa-apa pada persekolahan anak kita. 
Berbelanja ikut kemampuan. Jika anak minta yang berjenama tetapi di luar kemampuan kita, jelaskan pada mereka.


Cukuplah 4 tips yang saya kongsikan ni. Mungkin ramai ibubapa yang memangamalkan tips ini jugak.

Kalau nak tips lagi, boleh jengok ebook 123 Tips Jimat Cermat. Banyak tips yang praktikal dan mudah diamalkan. Kadang-kala sesuatu yang kita sendiri tak terfikir, namun ia berlaku dalam kehidupan seharian kita.




0 comments:

Post a Comment