Dalam dunia internet, apa –apa perniagaan
boleh dilakukan secara maya. Kini penggunaan internet semakin meluas. Dengan
adanya aplikasi atau web yang menggunakan media sosial telah membantu
meningkatkan lagi urus niaga dalam talian.
Ramai yang ingin belajar
berniaga. Kebanyakannya masih tercari – cari produk untuk dijual secara online.
Ada yang berminat untuk mencari produk borong barang china tetapi masih belum jumpa cara
untuk mendapatkan barang dengan harga pukal/borong .
Kenapa borong barangan dari China
menjadi pilihan?
Ramai yang tidak mengetahui, keuntungan sehingga 100% boleh dicapai dengan memborong barang China dan menjualnya semula di serata dunia.
Ramai yang tidak mengetahui, keuntungan sehingga 100% boleh dicapai dengan memborong barang China dan menjualnya semula di serata dunia.
Sedia maklum barangan China adalah pusat pengeluaran produk terbesar di dunia. Pelbagai barangan dari pakaian hinggalah
barangan elektronik boleh diborong dari China. Tahukah anda jika kita pergi
memborong sendiri di China melibatkan kos yang agak besar. Jadi tidak berbaloi
untuk seseorang menghabiskan kos modal besar untuk pergi ke sana. Kita perlu
fikir kos penerbangan, kos makan minum, kos hotel dan kos beg. Paling minimum
RM3000 anda perlu sediakan jika berhajat ke sana. Begitu besar perbelanjaan.
Jadi, bagaimana kita boleh
meminimumkan kos dengan memborong barang yang berkualiti pada harga yang
rendah. Dengan kemudahan sistem internet, laman website borong dari China telah
diwujudkan. Sebagai permulaan anda boleh mendaftar di Taoboa.com . Jika anda
inginkan sedikit panduan bagaimana cara mendaftar di laman web ini boleh rujuk : Panduan Perniagaan Taoboa
Jika sudah berjaya, anda boleh
membuat pemilihan produk. Pembelian produk bergantung pada permintaan. Ada
permintaan penjualan semakin mudah. Ada beberapa perkara yang perlu dielakkan
ketika membuat pembelian secara online. Pastikan produk yang anda pilih tidak
mudah rosak dan tidak begitu sensitif. Ini memudahkan proses barangan dihantar
melalui perkhidmatan kurier.
Ada dua pembelian cara borong menggunakan online. Anda boleh melakukan sendiri atau menggunakan perkhidmatan ejen. Ada beberapa kelebihan menggunakan ejen berbanding melakukan secara bersendirian. Masalah utama apabila tifak menggunakan ejen melibatkan masalah pembayaran, penghantaran/refund dan pelepasan barang daripada pihak kastam. Dengan wujudnya ejen yang menawarkan perkhidmatan pengurusan barang dari China, ini mampu menjimatkan masa dan barang dapat dalam keadaan baik. Untuk melihat cara pengiraan kos menggunakan ejen anda boleh rujuk link facebook ini : https://www.facebook.com/notes/taobao-agent-malaysia/how-to-order-fees/1551066558507428
Bila barang yang sudah dipesan
sudah sampai ke rumah anda, seterusnya pemeriksaan setiap barang perlu
dilakukan sebelum menjual. Anda wajib buat perkara ini untuk mengelakkan barang
yang dijual pada pelanggan mengalami kerosakan. Sedikit kesilapan boleh
menjejaskan reputasi anda sebagai peniaga online. Bagi anda yang belum biasa menjual produk
fizikal secara online, contoh ayat/skrip boleh anda klik pautan Rahsia Bisnes Online Barang China di sini.
No comments:
Post a Comment