Tuesday, February 26, 2019

3 Sebab Perlu Belajar Buat Jualan Di Shopee



Shopee merupakan medium aplikasi android yang menguruskan jualan secara dalam talian. Aplikasi ini telah membantu ramai peniaga - peniaga online untuk meningkatkan jualan produk - produk fizikal. Selepas 3 tahun beroperasi, aplikasi ini telah berjaya hampir setaraf dengan lelong dan lazada.

Dengan trend sekarang, segala di hujung jari dan proses jual beli dalam talian semakin mudah. Keadaan ini membantu memudahkan transaksi jualan di Shopee. Ada 3 sebab utama anda perlu menggunakan Shopee sebagai medium pemasaran anda.

1. Pendaftaran Sebagai Seller Di Shopee

Pendaftaran yang mudah dan tidak memerlukan proses yang merumitkan sebagai seller, segalanya menggunakan handphone. Tidak memerlukan kemahiran yang tinggi untuk mendaftar sebagai peniaga yang sah dan dipercayai. Makcik di kampung pun boleh mula berniaga di Shopee, asalkan ada talian internet. Anda perlu mengisi maklumat diri dan akaun untuk penerimaan pembayaran dari shopee.

2. Trafik Yang Tinggi



Shopee Mall sentiasa dikunjungi oleh bakal - bakal pelanggan yang sedia membeli. pengiklanan yang berterusan dari shopee melalui facebook, youtube dan tv telah meningkatkan popularity shopee. Dengan trafik yang tinggi, mebantu mendapatkan pelanggan - pelanggan yang berkualiti. Kerja anda mengemaskini produk dengan harga diskaun dan gambar yang menarik perhatian.

3. Transaksi Yang Selamat

Kerisauan bakal pelanggan dalam pembelian secara online sedikit terjamin. Pihak Shopee akan menguruskan penerimaan pembayaran untuk produk yang anda jual. Penyerahan duit jualan akan dapat selepas segala proses penghantaran selesai dan pelanggan berpuashati dengan produk yang diterima. Rating yang diberikan juga dapat membantu meningkatkan kredibiliti anda sebagai penjual shopee.

Jadi, sebagai peniaga online mengapa tidak untuk mencuba Shopee sebagai medium pemasaran anda sendiri. Menjimatkan kos dan anda tidak perlu pening untunk membayar sewa kedai yang tinggi. Selamat berniaga !



No comments:

Post a Comment