Thursday, April 2, 2020

3 Idea Bisnes Online Yang Dari Rumah Boleh Anda Cuba





Statistik ekonomi dunia mengatakan bahawa hampir 50% pekerja akan menghadapi risiko pemberhentian kerja. Ini disebabkan keadaan ekonomi yang tidak berapa baik selepas bencana virus covid 19. Kebanyakan majikan menghadapi kerugian untuk bulan pertama selepasa perintah kawalan dilakukan serta merta. Kita sebagai pekerja perlu bersedia untuk mulakan perniagaan kita sendiri.

Seperti yang kita tahu, perniagaan online secara e-commerce sudah berkembang dengan baik. Banyak sebab kenapa PERNIAGAAN BERBENTUK E-COMMERCE berkembang dengan baik. Antaranya pengguna sudah tahu menggunakan pembayaran barang secara online menggunakan banking online. Sistem talian internet yang bertambah baik dan sistem penghantaran yang semakin cepat dan jimat. Faktor - faktor ini amat membantu dalam perkembangan dunia perniagaan online menggunakan sistem e-commerce.

Ada beberapa model perniagaan yang perlu sediakan modal dan ada juga tidak perlu modal. Ini bergantung kepada komitmen kita untuk mempromosikan produk kita sendiri. Beberapa platform yang boleh anda guna untuk mulakan perniagaan secara online berbentuk sosial platform, facebook dan instagram. Facebook dan Instagram ada kumpulan pengguna itu sendiri. Facebook boleh dikatakan dalan lingkungan umur 30 - 50 tahun ke atas. Manakala instagram pula dalam linkungan umur 12 - 30 tahun. 

Bagi medium e-commerce, anda boleh daftarkan diri sebagai shopee seller. Pendaftaran sebagai shopee seller adalah percuma. Perniagaan ini boleh dijalankan menggunakan handphone anda sendiri. Tidak perlu pc. Modal yang rendah dan produk anda sendiri. Pengguna shopee meningkat setiap hari dan hampir 3 juta pengunjung membuka shopee mall. Hebatkan, tanpa iklan anda kedai anda masih lagi dilawati pengunjung. Untuk cerita lanjut, boleh baca artikel post sebelum ini >> 3 Sebab Perlu Berniaga Di Shopee.



Seterusnya berniaga di eBay. Seperti kita tahu Ebay adalah marketplace perniagaan seluruh dunia. Apa sahaja benda semua boleh kita jual. Paling best, perniagaan ini membolehkan kita memasarkan produk ke luar negara. Kos - kos seperti penghantaran dan caj perkhidmatan akan perlu diambil kira. Dengan pelawat yang hampir 10 juta setiap hari, tidak mustahil produk anda akan ada pembeli yang berminat. Ada yang untung berganda dengan produk tempatan. Bagaimana utuk mulakan perniagaan, dapatkan PANDUAN Export Mudah Ebay. Perlu diingatkan, untuk menggunakan E-Bay perlu ada akaun Paypal untuk urusan pembayaran.



Antara perniagaan yang boleh dilakukan dirumah, adalah sebagai affiliate marketer. Bagaimana affiliate markerting ini menjalankan perniagaan. Perniagaan ini selalunya mempromosikan produk-produk digital seperti ebook, video dan webinar. Komisen juga selalunya 20% - 75% bergantung pada produk. Sekiranya anda berminat untuk memrpomosikan produk digital luar negara, boleh daftarkan diri di Clickbank. Pendaftaran sebagai ahli Clickbank adalah PERCUMA. Bayaran komisen dalam nilai USD. Berbaloi bukan. Saya juga telah menjadi ahli affiliate clickbank hampir 3 tahun, dan berjaya menjana sale sehingga $1000 setahun. Bagaimana saya dapat hasilkan $1000 setahun? Boleh baca post artikel ini.



Jadi apa pilihan yang anda boleh buat ketika ini dan persediaan akan datang?
Masih lagi mencari kerja atau sudah bersedia untuk membuat perniagaan secara online.
Jom kita mula.

No comments:

Post a Comment