Anda ada kemahiran buat kek, biskut atau roti? Kalau anda tak ada kemahiran tersebut, nak tak belajar kemahiran bakeri ni?
Nak lagi best tak? Kalau saya ada cara untuk anda ubah kemahiran ini jadi salah satu sumber pendapatan anda, nak tak?
Kali ni saya nak share dengan anda berkenaan satu kemahiran yang ramai orang boleh kuasai dengan mudah, tapi tak ramai yang tahu macam mana nak jadikan ia sebagai salah satu sumber pendapatan buat anda. Anda pastinya akan ternganga kekaguman selepas anda baca perkongsian kali ini.
KENAPA BISNES BAKERI NI LAKU?
Kalau anda perasan, ramai yang menganggap bakeri seperti roti, kek dan biskut sebagai makanan yang termasuk dalam kategori yang sihat. Okay. Maybe tak semua la.
Tapi, ramai yang perlukan produk bakeri untuk minum petang, jamuan, bertukar juadah, hadiah, sambutan hari lahir dan sebagainya. Kalau kita ambil satu contoh mudah iaitu hari lahir. Setiap hari pasti ada sahaja yang akan menyambut hari lahir. Biasanya ia akan disambut dengan kek.
Sebab itulah bisnes bakeri sentiasa mempunyai permintaan yang sangat tinggi.
“TAPI KENAPA BANYAK JE BISNES BAKERI YANG TUTUP?”
Kalau anda gagal dalam peperiksaan sebab apa biasanya? Sebab anda tak cukup study. Tak cukup study, tak cukuplah ilmu anda. Begitu jugalah dalam bisnes. Bukannya anda boleh terus berjaya dengan main buat dan main hentam je.
Anda perlukan ilmu untuk berjaya dalam bisnes anda. Ada banyak sangat ruang untuk anda mendapatkan ilmu. Tapi hari ni saya ada satu panduan spesifik berkenaan ilmu bisnes bakeri yang pastinya akan dapat membantu anda membina bisnes bakeri anda sendiri dengan mudah.
KENAPA SAYA CADANGKAN PANDUAN INI?
Bagi saya, perkongsian daripada panduan ini tersangatlah ringkas, mudah difahami, jelas dan menarik. Ia juga sangat mesra newbie dan jika sekalipun anda tidak pernah berbisnes, anda akan terus rasa yakin dan bermotivasi untuk bermula.
APA KELEBIHAN JIKA ANDA MELAKUKAN BISNES BAKERI DARI RUMAH?
Jika anda merupakan isteri atau ibu yang mempunyai anak-anak dirumah, anda masih boleh untuk menyelesaikan segala urusan rumah tangga disamping menambah pendapatan. Suami anda pun pastinya tak akan berasa risau untuk anda berbisnes jika urusan rumahtangga masih lagi terjaga.
Jika anda seorang lelaki, anda boleh bayangkan apa keunikan dan kelainan apabila anda “lelaki” yang menjualnya? Mudah-mudah je anda boleh jadikan ia sebagai satu tarikan.
Banyak lagi sebenarnya kelebihan lain yang anda akan dapat jika anda melakukan bisnes bakeri dari rumah ini. Antaranya ialah:
a. Kos Pemulaan Yang Kecil
Anda tak perlu berkenaan beberapa kos kerana anda memulakan bisnes dari rumah sahaja seperti kos:
- Sewa kedai
- Bil utiliti
- Gaji pekerja
- Peralatan mahal dan canggih untuk menyimpan kek dan bahan-bahan
- Rak simpanan kek
- Mesin juruwang
- Peti ais besar
- Macam-macam lagi
Anda boleh terus bermula dengan menggunakan apa sahaja yang ada dirumah terlebih dahulu.
b. Tidak Perlu Terlalu Menjual
Betul. Makanan ni biasanya orang tengok pun orang dah tahu ia adalah makanan. Apa yang anda perlu tekankan adalah dari cara anda mengambil gambar dan presentation makanan anda.
Anda perlu tahu macam mana untuk anda buatkan produk bakeri anda “nampak” sedap dan buatkan mereka yang melihat terus rasa nak order.
c. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan!
Betul. Buat berdasarkan tempahan je untuk permulaan. Tak perlulah anda buat ready stock banyak-banyak. Kalau anda nak buat untuk ambil gambar, anda boleh potong kepada beberapa potongan kecil dan berikan secara percuma kepada rakan-rakan, jiran atau kepada sesiapa sahaja.
Tapi, jangan lupa selitkan kad atau beritahu mereka yang jika mereka ingin menempah kek, boleh tempah dengan anda.
“SAYA BETUL-BETUL BERMINAT. BOLEH AJAR SAYA?”
Boleh. Macam saya beritahu awal-awal tadi, saya ada satu panduan istimewa yang saya boleh cadangkan untuk anda bermula. Anda boleh baca dengan lebih lanjut lagi DISINI.
No comments:
Post a Comment