Sunday, April 29, 2012

Bisnes menggunakn google.

haiii u alls...Semoga BERSIH semuanya..apa yang menaiknya entry kali ni.tentunya bukan pasal kes BERSIH 3.0. Ni adalah peluang bina laman web bisnes online di bawah kendalian google dan SKMM Menariknya laman web ini dapat membantu pengusaha-penguasaha IKS tempatan untuk mempromosikan produk secara online dengan kadar bayaran RM23 setahun sahaja. Untuk rujukan boleh klik link ini www.getmybusinessonline.com.my

Ni preview untuk laman web yang baru aku design.template tak banyak pilihan.Sebab blog -e commerce kan.Jadi sabar jer la





Memang menarik dan harga memang berpatutan untuk peniaga-peniaga kecil nak promosikan secara online. Biar lebih meluas perniagaan atau perkhidmatan yang anda tawarkan,. Baru- baru ni,aku buatkn satu blog e-commerce menggunakan link td. Syarat- syarat yang perlu anda untuk mendaftar adalah seperti berikut:

1 -Syarikat sudah berdaftar dengan SSM
2 - TIdak menjalankan produk digital.
3 - Tidak menjual barang terlarang dan sewaktu dengannya.

Buat masa ini google menawarkan pendaftran domain PERCUMA untuk 10 000 pedaftar yang pertama. setakat ni tawaran tu ada lagi tawaran.Sebab aku baru register untuk customer aku tadi.Mungkin esok atau lusa baru dapat publish kat korang.

Sesiapa yang berminat nak jual online,inilah masanya. Anda boleh jimat sehingga RM500 untuk laman web. jika di luar sana ingin memrlukan perkhidmatan macam mana nak buat laman web google ni, aku akan tolong. Dengan caj RM30 sahaja.tak mahal.Yang pentinh anda semua dapat berniaga..

Tuesday, April 24, 2012

Ekonomi Berubah, Belanjawan turut Berubah

Bila dah mula bekerja ni..mesti terfikir hutang-hutang yang kita tanggung. Macam cukup atau tak. Dengan harga barang pun semakin meningkat, tambah-tambah pening kita tengok harga...Ook tu satu hal la. Tapi jarang kita mencari alternatif lain untuk buat pendapatan sampingan . Yang ada hanyalah seribu satu alasan.Banyak mana pun alasan anda,semua tu tak menghasilkan pendapatan.Tapi menyempitkan keadaan.

jangan fikir bab bisnes cepat kaya ok!!!!

berniagalah apa pun,janji hasil yang halal. Belajar berniaga memang banyak cabaran. Kalau senang mesti dah ramai yang mula berniaga yer tak..baru satu cabaran jer dah give up..apa boleh buat.memang kita layak makan gaji jer lah..

Bila dah kerja mesti korang nak beli macam-macam kn..Nak beli kereta, nak beli Ipad lah, motor dan rumah. mana yang lebih penting? Rumah atau kereta...kalau aku rumah lagi penting dari kereta. Sebab rumah makin lama naik harga. makin lama di tunggu makin xmampu kita nak beli. Jadi fikirkan dulu cara untuk membeli rumah.

Berhutang???
Kurangkan guna kad kredit..Menangis korag nak bayar hutang kad kredit..dari RM 1000 terus bertambah jadi RM3000..Ni ahlong punya stail.Cuma beza dia soft jer..takde ganas macam ahlong betul..Lagi-lagi yang jenis banyak ciput jer hutang kad kredit,cuma cover bunga jer..lagi lambatlah nak setel.

Bila hutang kita dapat kurangkan,hati menjadi lebih tenang. jalan nak simpan harta tu dah boleh nampak dengan jelas dah.sooooo kurangkanlah berhutang. makin banyak hutang , makin pening korang nak bayar..

Sunday, April 22, 2012

Fikir idea Seperti Anak-anak yang Membesar

Selamat pagi ur all's/..

pagi-pagi Ahad ni layan cerita karton kat TV..maklumlah itu jer yang ad pagi-pagi ni. Seronok tau tengok cerita ni. imginasi tanpa sempadan. idea masih lagi kurang???



sebab apa...
- sebab terlalu banyak letakkan sempadan
- banyak sangat merancang sehingga tidak dapat menjalankan idea itu.
- terpengaruh dengan idea orang lain yang tidak mendatangkan hasil

Kira banyak lagi lah kalau nak sebut. tapi ni antara yang banyak berlaku dikalangan orang yg meningkat dewasa dan remaja. semakin lama hidup, semakin banyak batasan yang perlu ikut. Sehingga membataskan untuk berfikir idea yang lebih baik.

Cuba kita lihat anak-anak kecil, kadang-kadang mereka melakukan satu perkara yang di luar jangkaan kita dalam menghasilkan aktiviti permainan mereka. Anda boleh melihat mereka main, menyusun permainan, cari posisi yang sesuai nak main..hahaha.tp kalau anak-anak menghadap facebook jer tak dapatlkah kan tengok satu-satu..

Cyba letakkan diri anda bebas dari perkara-perkara yang membataskan perkembangan idea anda. terus buat jika mendatangkan hasil yang baik. Perbaiki kesilapan sikit demi sedikit idea yang kita dapat. Supaya nampak hampir sempurna dan  berjaya walaupun tidak 100%..merancang sahaja tapi tiada tindakan memang tak sesuai..

Memang susah kalau kita tak mula dari sekarang. nanti otak kita semakin malas berfikir..sebab tu kita selalu fikir negatif jer dari positif...

**saya ada menjalankan servis blogspot serendah RM30..sesiapa berminat boleh sms 012-9238949 utk tindakan seterusnya atau e-mail ke ns_din007@yahoo.com

contoh blog yg siap di bina..

Wednesday, April 18, 2012

Tingkatkan rank blog dengan Gambar

Dah 4 hari aku tak tulis blog kat sini..4 hari ni bz dengan siapkan blog customer. Ok bila aku design-design blog ni aku dapat belajar satu perkara baru. setiap kali aku search gambar google yang menarik untuk buat post, aku lihat satu link terus ke blog tersebut...emm,satu teknik baru ni yang perlu aku hebahkan (padahal dah lama dah orang tau,..hahahha..saje nak isi masa lapang)


Saturday, April 14, 2012

Tips buat form guna google

Salam satu Malaysia..baik puyerrrr...

ok kat sini aku nak kongsikan satu tips PERCUMA menggunakan google. Sapa- sapa dah ada akaun google lagi senang. Sapa yang belum lagi register tau. Selalunya peniaga online pening mencari form yang free dah boleh dipercayai tanpa mengenakan sebarang caj.



Panduan Hias Rumah Untuk Ruang Rumah Bersaiz kecil

Ruang sempit..bukan lagi masalah untuk menghias rumah. lagi senang nak hias. Takde pening kepala dah. nak letak perabot yg saiz ciput - ciput jer. Jimat belanja. lagi besar rumah lagi banyak perabot nak letak. Kan dah peniing. .ok jom kita tengok contoh gambar kat bawah ni..ada ok tak??Boleh buka laman web deko bajet DekorasiBajet.com (klik link ini)



Monday, April 9, 2012


Monday, April 2, 2012

senaraikan apa yg nak buat...


Selalunya aku memang simpan list dalam kepala.Tapi banyak tak terbuat pun.Sebab idea ni kadang- kadang muncul sekejap - sekejap jer. Jadi apa yang aku kena lakukan????

haa..ni bak kata orang-orang berjaya la..aku ikut jer,jadi tak jadi tu belakang kira. Nak jadi hebat kena belajar dengan orang yang hebat. Memamng der...kalau nak jadi bijak, kena belajar dengan banyak guru. Apa lagi la nak menulis blog ni.kadang-kadang kia kena perlukan inspirasi.baru muncul itu idea..

Apa yang mereka selalu tekankan adalah..tulis matlamat anda setiap malam sebelum tidur. Semua orang pun tahu benda ni.Tapi berapa kerat jer la yang buat. kesannya tak sampai 90% pun setiap orang dewasa ni suka buat kerja sia-sia.

Seterusnya.....senaraikan perkara yang perlu anda lakukan.Bahagikan kepada penting dan kurang penting.Dapat menyiapkan kerja dengan masa yang ditetapkan akan meningkatkan tahap mtivasi kita ke arah lebih positif. Korang plak, suka buat kerja tertangguhkan?????

yang terakhir untuk kali ni, kurangkan aktiviti melayan facebook dengan twitter time buat kerja. Sejak ada facebook dengan twitter,time kerja pun layan juga. mana mau siap.Nanti hilang fokus korang. Sebab tu kena off dulu, baru dapat buat kerja dengan fokus.

percayalah,bila korang dapat fokus, idea tu mencurah jer turun dari langit.ayat yang tak power pun jadi lagi power. haaaa.sebab anda fokus untuk kerja anda.




Click Ad3