TaoBao.com adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula adalah tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com . Jadi ianya "just nice!". Sangat sesuai untuk pemborong-prmborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.
Di sini saya akan berikan beberapa tip mudah untuk peniaga baru membeli barang di laman web taobao menggunakan ejen di Malaysia. Dengan bermodalkan RM50 anda dah boleh mula berniaga.
Anda boleh klik link ini untuk pembelian Ebook Borong Di Taobao
Tip 1 : Cara Selamat Guna Ejen Taobao
Jika kita masih baru dalam urus niaga di Taobao, saya syorkan anda untuk menggunakan ejen sebagai orang tengah. Sebagai orang yang masih baru, ejen diperlukan untuk urusan tempahan, pembayaran dan semakan tempahan kita. Taobao tidak menerima bayaran bank tempatan. Sebaliknya pula apabila kita menggunakan khidmat ejen. Ejen memudahkan kita untuk membayar mengikut amaun yang kita beli.
Ejen - ejen taobao juga mempunyai gudang mereka sendiri untuk membuat semakan barang yang kita tempah. Jika ada sebarang kerosakan atau tidak cukup, ejen akan buat memberitahu kepada penjual. Refund barang boleh dipercepatkan. Jika anda membuat urusan tanpa ejen, selalunya refund barang tidak akan dapat dilakukan.
Tip 2 : Cara Pemilihan Ejen
Ada beberapa cara pemilihan ejen yang perlu diambil kira. Pemilihan ejen yang bagus memudahkan urusan kita. Beberapa ejen yang sesuai unutk anda cuba.
Selebihnya anda boleh google sendiri. Ciri - ciri ejen yang sesuai untuk anda pilih .
- Review laman web. Pastikan laman web dipercayai dan ada komen dari pelanggan terdahulu. Boleh rujuk pada blog review ejen - ejen yang anda pilih.
- Mudah berurusan untuk membuat tempahan.
- Respon email yang pantas
- Semak urusan pembelian, sama ada mudah atau susah.
- Boleh buat pembayaran menggunakan transfer online, debit kad dan paypal
- Caj perkhidmatan yang tidak terlalu mahal.
Tip 3 : Cara Pemilihan Barang Di Taobao
Untuk peniaga yang berskala kecil, pemilihan barang amat penting. Beberapa kriteria penting untuk pemilihan barang yang perlu di ambil kita. Antara contoh barang yang boleh anda pilih, beg, pakaian aksesori telefon.
- Produk yang anda pilih sekurang-kurangnya tidak melebihi 400 gram seunit. Perlu ingat, jika berat melebihi 1 kg, caj penghantaran akan semakin tinggi.
- Elakkan produk - produk digital. Barangan digital selalunya sensitif. Tidak semuanya akan berfungsi dengan baik.
- Pastikan barang yang anda pilih senang nak di bawa masuk ke Malaysia.
- Setelah membuat pemilihan produk, bandingkan harga di pasaran online. Contohnya di Lazada, Shopee, Lelong dan 11street.
- produk yang anda pilih ada permintaan. Cepat habis, Cepat dapat modal untuk beli barang lain.
- Pengiraan kos selalunya 15% (kos penghantaran) + modal barang. Cuba dapatkan barang yang boleh dijual di Malaysia di bawah harga RM30. Selalunya mudah dijual dengan harga RM30.
Tip 4 : Promosi Barang
Jika anda seorang peniaga online, persaingan jualan selalunya melibatkan laman web lazada, lelong, 11 street dan Shopee. Mereka boleh menawarkan harga yang super murah yang tak dijangkau oleh akal. Kadang kala di bawah paras kos modal. Geram kan. Oleh itu, sebelum membuat pembelian barang pastikan anda dah kaji harga purata jualan di Malaysia.
Untuk membuat promosi, pelbagai sumber media sosial anda boleh gunakan. Anda boleh gunakan facebook, Instagram atau Blog. Jika anda berminat untuk promosi secara shopping dengan percuma, anda boleh menjadi ahli seller di 11street, shopee dan mudah.my
Mudahkan untuk memborong secara online. Anda sudah jimat hampir RM2000. Tidak perlu book segala tiket kapal terbang, hotel dan makan. Duduk depan komputer pun boleh.
Jika anda memerlukan lebih pandaun, saya syorkan anda ebook panduan Borong di Taobao. Beberapa testimoni ebook sebagai bukti ebook ini telah membantu peniaga - peniaga kecil. Dengan setiap pembelian ebook taobao, anda akan diberikan akses masuk ke group VVIP pemborong barang di China
No comments:
Post a Comment