Friday, November 24, 2023

DIY Umrah Boleh Jimatkan Ribuan RInggit

Umrah DIY ini adalah singkatan bagi Umrah "Do-It-Yourself".

Ya! Bukan kerja tukang-tukang je kita boleh buat DIY  (sendiri), Umrah pun kita boleh buat DIY.

Maksudnya... kita buat umrah tanpa gunakan agen. Kita uruskan sendiri semuanya.. dari permohonan visa, tempahan flight, tempahan hotel, itinerary... semua kita buat dan uruskan sendiri!

"Boleh ke macam tu?"

Ya! Boleh je sebenarnya...!

Cuma.. untuk buat semua itu, kita kenalah ada ILMU untuk lakukannya!


Kelebihan "Umrah DIY"

Selain dari dapat menjimatkan kos yang besar!

Umrah DIY sebenarnya lebih fleksibel! Anda boleh rancang itinerary (jadual perjalanan & aktiviti) sendiri... tak perlu ikut itinerary yang ditetapkan oleh pihak agensi umrah.

Anda boleh tinggal di Mekah & Madinah sependek yang anda mahu, ataupun sepanjang yang anda mahu.

Contohnya, anda mahu pergi buat umrah 7 hari sahaja... 3 hari di madinah, 4 hari di Mekah.. anda boleh buat!

Atau.. anda nak duduk selama sebulan di Mekah , iaitu sepanjang bulan Ramadhan!

Boleh juga.. tiada masalah! Cuma, kosnya sedikit besar lah! Sebab anda perlu bayar kos penginapan selama sebulan.

Pendek kata.. ia terpulang kepada anda dan bajet anda! Anda tidak lagi terikat dengan program atau tempoh waktu yang ditetapkan oleh pihak agensi travel & umrah yang selalunya akan menetapkan tempoh selama 9-12 hari untuk pergi umrah & ziarah.

SSewaktu saya buat umrah DIY dulu, boleh dikatakan, hampir sepenuh masa saya sekeluarga beriktikaf di dalam Masjidil Haram sahaja dan hanya keluar sekali-sekala untuk mencari makanan dan ke tandas. Saya rasa sangat seronok sebab dapat melakukan ibadah dan umrah dengan selesa dan tidak perlu terkejar-kejar untuk ikut jadual pihak agensi. Pergerakan saya sekeluarga juga lebih mudah dan cepat, tidak perlu menunggu-nunggu ahli group yang lain yang ramai jika pergi bersama agensi travel dan umrah. Semua jadual dan aktiviti saya atur sendiri. Ia lebih mudah, jimat dan fleksibel.

Sebenarnya.. memang banyak kelebihan apabila kita buat Umrah Secara DIY ini!

  • Boleh Tetapkan Sendiri Tarikh Untuk Pergi  & Balik Umrah
  • Boleh Tetapkan Sendiri,  Berapa Lama Mahu Berada Di Mekah & Madinah
  • Boleh Pilih Sendiri Hotel Yang Mahu Di Duduki Serta Jenis Bilik Yang Dimahukan. Tidak lagi rasa tertipu oleh pihak Agensi yang selalu menjanjikan Hotel dekat dengan Masjid, tetapi setelah sampai, ianya tidak seperti yang dijanjikan.
  • Boleh Tetapkan Itinerary Sendiri... Bebas! Tak Terikat dengan Jadual & Aktiviti Pihak Agensi!
  • Boleh Pilih Sendiri Mahu Makan Apa dan Makan Dimana? Malah, Boleh Juga Masak Sendiri (jika menetap di rumah ala-ala homestay)!.
  • Lebih Mudah & Pantas Bergerak.. Tak Perlu Lagi Buang Masa Menunggu-nunggu Orang Lain Di Dalam Group Jika Pergi Bersama-sama Pihak Agensi.

Untuk tahun 2023 ini, rata-rata pakej umrah yang ditawarkan adalah sekitar RM8,000 dan ke atas, kos tersebut adalah termasuk kos tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makan dan sebagainya. Ia sememangnya harga yang agak berpatutan! Jika anda baru pertama kali mahu melakukan umrah dan mahu pergi berseorangan, memang saya galakkan anda gunakan sahaja khidmat dari agensi travel dan umrah ini. Sebab, kosnya tidak jauh berbeza.

Tetapi, jika anda berhasrat untuk pergi beramai-ramai, seisi keluarga contohnya (lebih dari 4 orang), maka Umrah DIY, adalah lebih menjimatkan. Sebab, untuk Umrah DIY, anda boleh cari tiket flight anda sendiri. 

Begitu juga dengan hotel... anda boleh cari dan pilih hotel sendiri mengikut bajet anda. Dibawah ini contoh carian hotel di sekitar Masjid Nabawi yang boleh anda cari menerusi google maps. Terdapat beratus-ratus hotel yang boleh anda pilih mengikut bajet dan keselesaan anda!

Pendek kata, untuk buat Umrah DIY, anda boleh kira dan rancang sendiri bajet anda.. kos penginapan, kos makan, kos pengangkutan, kos ziarah... semuanya anda boleh pilih dan tentukan sendiri sama ada mahu dapatkan yang mahal atau yang murah. Malah ada sesetengah perkara, mungkin anda tak perlukan pun seperti ziarah ke tempat-tempat tertentu di madinah & mekah.

Jadi, adalah tidak mustahil untuk anda buat umrah DIY dengan bajet sekitar RM6,000 - RM7,000 seorang. Kos Umrah DIY ini  selalunya 20% lebih murah dari pakej yang ditawarkan oleh kebanyakkan agensi umrah & travel.

Bermakna, jika anda merancang untuk pergi buat umrah seisi keluarga (lebih 4 orang), maka dengan umrah DIY, anda boleh dapat berjimat sekitar RM8-10k berbanding jika anda pergi menggunakan khidmat agensi umrah.

Anda Berminat Nak Buat Umrah DIY?Klik Link Dibawah

 Iklan : Ingin Tunaikan Umrah Bersama Keluarga Ikut Masa Sendiri Dengan Bajet Yang Lebih Jimat?Mari Saya Tunjukkan Kepada Anda.. Bagaimana Anda Boleh Jimat Ribuan Ringgit Dan Bebas Memilih Aktiviti & Tarikh Anda Sendiri Untuk Mengerjakan Umrah! Klik Di Sini Sekarang

No comments:

Post a Comment